Remaja Bakar Tahfiz Ittifaqiyah Dipenjara Sehingga Dapat Pengampunan Agong

Trending

Remaja Bakar Tahfiz Ittifaqiyah Dipenjara Sehingga Dapat Pengampunan Agong

Remaja lelaki berumur 19 tahun sebak menahan tangisan selepas dia diperintahkan ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong setelah didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.

Ketika Hakim Mahkamah Tinggi  Datuk Azman Abdullah membacakan keputusan itu, remaja itu berumur 16 tahun ketika kejadian dilihat beberapa kali mengesat air matanya.

Advertisement

Azman menjatuhkan hukuman tersebut ke atas remaja berkenaan selepas mendapati dia gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas 23 pertuduhan membunuh 23 individu tersebut.

“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesemua 23 pertuduhan tanpa sebarang keraguan munasabah, dengan ini saya mendapati tertuduh melakukan jenayah tersebut seperti mana pertuduhan dengan niat membunuh dan didapati bersalah dan disabitkan.”

Mengikutt Seksyen 97 (1)  Akta Kanak-Kanak 2001 pesalah di bawah umur 18 tahun  tidak boleh dikenakan hukuman mati.

“Dengan ini di bawah kuasa peruntukan yang ada, saya perintahkan kamu ditahan di penjara selama yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan syarat-syarat yang mana Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong arahkan nanti.”

Menurutnya lagi, barang-barang kes selain daripada dokumentari iaitu hard exhibits diserahkan kepada pihak polis untuk disimpan selamat sehingga selesai rayuan jika ada.

Azman turut mengingatkan media dan pihak-pihak lain tidak menyiarkan nama penama pertama (remaja itu)  yang duduk di dalam kandang tertuduh atau menyebarkana apa-apa maklumat yang boleh dikenal pasti mengenai remaja itu.

“Ini kerana penama pertama adalah seorang juvana (remaja bawah umur) semasa kesalahan dilakukan.” 

Menurut pertuduhan pindaan, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...