Remaja Ambil Masa 20 Minit Bantu Keluarkan Anak Babi Dalam Longkang Busuk

Trending

Remaja Ambil Masa 20 Minit Bantu Keluarkan Anak Babi Dalam Longkang Busuk

Selain manusia, terdapat juga makhluk lain yang hidup di dunia ini perlu mendapat layanan yang selayaknya terutamanya ketika berada dalam kesusahan. Hal ini berhubung dengan tindakan sekumpulan remaja yang prihatin dan cuba untuk menolong haiwan yang ditimpa kesusahan.

Kejadian itu dikongsi oleh seorang remaja menerusi akaun TikTok miliknya yang memaparkan dia dan rakan-rakannya yang lain membantu dua ekor anak babi yang terperangkap di dalam longkang.

Advertisement

Jelas kedengaran daripada video itu mereka kerap menyebut perkataan babi namun itu bukan bermaksud kata-kata makian, tetapi merujuk kepada dua ekor anak babi yang terperangkap di dalam longkang.

Memetik laporan Mstar, kejadian itu berlaku di belakang rumah sewa remaja tersebut bertempat di Dungun, Terengganu. Sekumpulan remaja itu ternampak dua ekor babi yang terjatuh dalam longkang dengan kedalaman air paras leher anak babi berkenaan.

Tak sanggup tengok anak babi dalam longkang itu, mereka terus menolong haiwan berkenaan keluar daripada longkang menggunakan papan kayu dan tong sampah.

“Agak mencabar nak keluarkan anak babi daripada longkang busuk tu, kami pulak tak nak sertu kalau tersentuh anak babi tu sebab kami urgent ada hal lain”

Mereka mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk menyelamatkan anak babi itu. Walaupun bimbang kena sertu kalau terkena haiwan tersebut masih ada rasa simpati dalam diri mereka terhadap haiwan itu.

Bagi mereka, ini merupakan satu pengalaman baru kerana dapat menyelamatkan anak babi. Mereka berharap selepas haiwan itu naik semula dapatlah bertemu dengan ibu anak babi tersebut.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...