Remaja 18 Tahun Pandu Honda Jazz Sebabkan Kematian Dua Individu Didapati Tiada Lesen Memandu

Trending

Remaja 18 Tahun Pandu Honda Jazz Sebabkan Kematian Dua Individu Didapati Tiada Lesen Memandu

Remaja lelaki berusia 18 tahun yang melanggar lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban sehingga menyebabkan dua remaja maut pada Khamis lalu didapati tidak mempunyai lesen.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Aidil Ramdan, 15, dan Muhammad Aswari Lotpi, 16.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan perkara itu dan turut menafikan dakwaan tersebar di media sosial kononnya pemandu Honda Jazz tersebut berusia 15 tahun.

honda jazz langgar lampu isyarat

Ujarnya, pemandu berkenaan sebenarnya adalah remaja berusia 18 tahun dan polis kini masih belum mengambil keterangannya kerana masih dirawat di hospital.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda sekiranya didapati bersalah.

Siasatan turut tertumpu kepada kesalahan tiada lesen memandu yang dilakukan oleh pemandu tersebut.

Polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana boleh mengganggu siasatan dan untuk menjaga sensitiviti pihak yang berkaitan.

honda jazz langgar lampu isyarat

Terdahulu, rakaman dashcam ketika kejadian itu berlaku tular di media sosial dan siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta Honda Jazz tersebut gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah lalu melanggar dua motosikal yang datang dari arah sebelah kiri.

Kemalangan itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal jenis Modenas Kriss mengalami kecederaan parah di  kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

23 hours ago

Bapa Maut, Anak Lelaki Parah Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan Untuk Berbuka Puasa Di Masjid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...