Remaja 17 Tahun Pergi Hospital Nak Rawat Gastrik, Rupanya Terbongkar Kejadian Diperkosa Bapa Kandung

Kehidupan

Remaja 17 Tahun Pergi Hospital Nak Rawat Gastrik, Rupanya Terbongkar Kejadian Diperkosa Bapa Kandung

Tindakan seorang remaja berusia 17 tahun pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan akhirnya membongkar perbuatan terkutuk bapanya.

Menurut Kosmo, remaja berkenaan telah ke Hospital Tanjong Karang, Kuala Selangor pada jam 6 petang, 28 Julai lalu selepas berasa sakit seperti gastrik.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata,

Hasil temu bual awal, doktor mendapati remaja perempuan itu dirogol bapa kandungnya yang berusia 51 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin

Polis kemudian berjaya memberkas suspek di kawasan Bestrai Jaya pada jam 11.15 malam, 29 Julai dan siasatan kini masih dijalankan untuk mengetahui sejak bila lelaki itu melakuan perbuatan terkutuk tersebut.

Suspek ditahan reman sehingga 5 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dua beradik fitnah dirogol bapa saudara
2025-07-01 12:59:29

Kantoi Mencuri, Dua Beradik Buat Laporan & Fitnah Bapa Saudara Perkosa Mereka - "Tak Semua Budak Innocent!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...