Microsoft Excel adalah salah satu perisian yang digunakan secara meluas di kebanyakan syarikat terutamanya untuk tujuan pengiraan data dan penyimpanan maklumat. Sebenarnya banyak lagi fungsi Excel yang kebanyakan kita tidak tahu dan tidak pernah gunakan.
Setiap tahun akan diadakan pertandingan untuk mencari siapa yang paling pakar menggunakan Microsoft Excel.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Certiport dan telah dianjurkan sejak 2001. Pada tahun ini, seorang pemuda berusia 17 tahun bernama John Dumoulin daripada Virginia, Amerika Syarikat telah diumumkan sebagai pemenang peringkat antarabangsa.
Ini kali pertama warga negara Amerika Syarikat berjaya memenangi pertandingan ini. Beliau memperoleh $7000 hasil kemenangannya. Pertandingan itu telah menarik 560 000 penyertaan daripada seluruh dunia.
Pertandingan bermula dengan pemilihan peringkat kawasan dan kebangsaan sebelum 157 layak ke peringkat antarabangsa yang diadakah di Anaheim.
Di peringkat akhir, para peserta berumur antara 13 dan 22 tahun diberikan beberapa set soalan yang perlu diselesaikan. Peserta yang berjaya menyiapkan soalan menggunakan Excel paling tepat dan pantas dikira sebagai pemenang.
Kredit : Fortune