Remaja 17 Tahun Culik Teman Wanita 13 Tahun, Bawa Lari Kahwin Di Johor Sebab Cinta Tak Direstui Keluarga

Kehidupan

Remaja 17 Tahun Culik Teman Wanita 13 Tahun, Bawa Lari Kahwin Di Johor Sebab Cinta Tak Direstui Keluarga

Seorang lelaki sanggup menculik teman wanitanya dan membawanya lari gara-gara hubungan mereka tidak direstui keluarga kekasihnya itu.

Kejadian berkenaan berlaku di Jalan Memanda, Ampang Point di mana suspek etnik Rohingya berusia 17 tahun itu membawa wanita terbabit menaiki kereta dan ke Johor sebelum mereka berkahwin di negeri tersebut.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail pada 7 Disember lepas jam 2.30 petang abang mangsa yang merupakan remaja perempuan berusia 13 tahun itu mendapat tahu adiknya dibawa lari oleh suspek.

Difahamkan, mangsa juga merupakan etnik Rohingya dan susulan laporan dibuat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya membuat tangkapan dua lelaki.

IPD

Kedua-dua yang ditangkap di kawasan Kampung Pandan itu merupakan pemegang kad UNHCR berusia 17 tahun dan bapanya, 37 tahun.

Punca kejadian dipercayai suspek ingin berkahwin dengan mangsa namun tidak direstui oleh ahli keluarga mangsa.

Suspek turut mempunyai satu rekod jenayah lampau namun saringan air kencing mendapati remaja tersebut negatif dadah.

Polis turut merampas dua telefon bimbit untuk membantu siasatan dan suspek direman sehingga 22 Disember sementara kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

1 year ago

"Gila Ke, Aku Mak Dia, Habis Rosak Kereta Aku Kau Panjat.." - Suzur Sofia Berang Dituduh Culik Anak Senyap-Senyap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...