Seorang remaja meninggal dunia kerana serangan jantung akibat sembelit, setelah menahan buang air selama lapan minggu.
Emily Titterington, 16, ialah seorang yang fobia menggunakan tandas dan selalu menahan diri dari buang air sehingga dua bulan.
Akibatnya ususnya membesar dengan sangat panjang sehingga memampatkan rongga dadanya dan menyebabkan organ-organ lain tersesar dari tempat asal.
Lapor Telegraph, satu inkues mendengar tentang bagaimana dia sepatutnya boleh diselamatkan tetapi gadis itu menolak untuk menerima pemeriksaan perubatan.
Ahli patologi Dr. Amanda Jeffery berkata simptom gadis itu dikenali sebagai ‘menahan najis’ dan ia biasanya dilakukan oleh kanak-kanak.
Pemeriksaan post-mortem mendapati bahawa Emily mengalami ‘pemanjangan usus besar’.
Ditanya oleh koroner Dr Emma Carylon tentang keseriusan keadaan Emily, Dr. Jeffery memberitahu:
Saya tak pernah lihat keadaan seperti itu. Ia sangat dramatik.
Inkues di Truro, Cornwall memperdengarkan bagaimana Emily yang juga seorang yang sederhana autistik mengalami masalah usus sepanjang hidupnya namun doktor tidak berjaya mengesan puncanya.
Doktornya Dr Alistair James dalam tempoh sebelum kematian Emily memberitahu bahawa ibu Emily ,Geraldine, 59, telah menyuruh gadis itu mendapatkan rawatan doktor tetapi tidak berjaya.
Doktor itu memberitahu telah memberi Emily julap tetapi tidak dibenarkan memeriksa perut Emily.
Sekiranya saya dapat memeriksa perutnya tentu lain keadaannya.
Emily rebah di rumahnya di St Austell pada 8 Februari 2013. Paramedik berusaha sedaya upaya untuk menyedarkannya tetapi dia kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital.
Paramedik Lee Taylor datang ke rumah keluarga itu dua kali pada malam kematian Emily.
Pada lawatan pertama Emily kelihatan pucat dan dia mengadu sakit di tengah-tengah tulang belikat.
Bagaimanapun, dia menolak untuk ke hospital dan keberatan untuk diperiksa.
Lee memberitahu Emily mengenakan pakaian tidur longgar dan dia tidak perasan sekiranya terdapat bonjol di perut remaja itu. Mereka kemudiannya meninggalkan rumah itu kerana terdapat kecemasan di rumah orang lain.
Bagaimanapun, Lee dan rakan sekerjanya paramedik pelajar Lisa Marie Edwards dipanggil semula ke rumah itu selepas pukul 4.00 pagi.
Waktu kami sampai ayahnya menjerit minta kami tolong, mengatakan sesuatu yang buruk telah terjadi.
Di dalam, mereka menemui ibu Emily merangkul anaknya itu yang terbaring di pintu bilik mandi. Lee memberitahu:
Apabila ibunya melepaskan dia, saya lihat yang perutnya menjadi ‘panjang’ secara pelik.
Tulang rusuk bawahnya telah ditolak lebih bawah dari tulang pubik–saya sangat terkejut.
Penyertaan untuk Lantai Cilik 3 oleh kumpulan Citra Tari dari SRK Seri Indera, Kangar, Perlis. #mysenibudaya #lantaicilik3 #penyertaanlantaicilik3 #lc3 #penyertaanlc3
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 7 July 2015