Remaja 16 Tahun Berjaya Menggodam Sistem Apple Berkali-kali

Trending

Remaja 16 Tahun Berjaya Menggodam Sistem Apple Berkali-kali

Sistem Apple digodam?

Ya betul! Sistem Apple yang mengandungi maklumat akaun pengguna telah berjaya digodam oleh remaja Australia berusia 16 tahun. Lebih menghairankan, remaja ini berjaya memecah masuk ke sistem Apple berkali-kali.

Sumber: Mashable

Fail yang mengandungi maklumat peribadi dan akaun pelanggan Apple itu berjaya disimpan oleh remaja tersebut ke dalam komputernya.

Advertisement

Remaja itu berjaya mencari cara untuk mengakses kata laluan yang kemudian memberikannya kebebasan untuk menggodam sistem itu.

Apple segera melaporkan perkara itu kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan kemudian kes itu segera diserahkan kepada polis persekutuan di Australia. Setelah mendapat laporan pihak polis Australia terus bertindak dan beberapa jam kemudian, remaja itu berjaya ditahan.

Polis juga berjaya menjumpai folder dengan nama “Hack Hack Hack” di komputer remaja itu dan folder itu sememangnya penuh dengan maklumat akaun pelanggan.

Walaupun remaja berusia 16 tahun berjaya memecah masuk sistem, Apple mengesahkan bahawa data dan maklumat pengguna masih selamat.

Mereka ada pasukan profesional yang boleh mendapatkan balik maklumat yang telah digodam dan pasukan ini memang telah dilatih untuk menghadapi situasi seperti ini.

Menurut maklumat yang disampaikan oleh remaja ini, dia mendakwa menjadi peminat besar Apple, dan dia berharap suatu hari nanti dapat bekerja dalam syarikat gergasi teknologi itu.

Sumber: Klikmania

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...