Remaja 13 Tahun Putus 5 Jari Main Mercun

Kehidupan

Remaja 13 Tahun Putus 5 Jari Main Mercun

Bulan puasa merupakan satu tradisi buat semua kanak-kanak bermain bunga api dan juga mercun.

Selepas berbuka dan juga Tarawih, pasti ramai kanak-kanak akan berkumpul dan bermain bersama-sama. Ia sebenarnya merbahaya untuk kanak-kanak kerana tiada pantauaan dari orang yang lebih tua mengakibatkan pelbagai kes berlaku.

Advertisement

Begitulah yang terjadi kepada seorang pelajar tingkatan satu di Besut, Terengganu putus lima 5 jari kerana terkena mercun.

Mangsa Syafiq Haikal Shaharrudin cedera parah di pergelangan tangan kanan dan putus kesemua jarinya.

Menurut Awani, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa dikatakan bermain mercun bersama lima lagi sepupu dan adiknya di luar rumahnya di Kampung Kubang Ikan di Kampung Raja.

Advertisement

Ibu mangsa Zainab Mohd ketika kejadian  sedang memasak sebelum dimaklumkan sepupunya yang memberitahu Syafiq Haikal cedera terkena mercun.

Katanya sebelum itu dia terdengar bunyi letupan kuat namun tidak menyangka bunyi itu menyebabkan kecederaan pada anaknya.

Panik dengan kejadian itu dia terus mendapatkan anak kedua daripada empat beradik itu dan membalut tangan anaknya yang cedera dengan kain.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.

Insiden itu juga menyebabkan adik mangsa Shahrul Shaharrudin, 10, turut mengalami kecederaan ringan pada bahagian belakang badan.

Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Mangsa berada dalam keadaan sedar dan stabil. Ini merupakan kes pertama di Besut.

Diharapkan kes seperti ini tidak berulang lagi, berhati-hatilah ketika bermain mercun. Jika boleh cuba elakkan bermain benda yang berbahaya, kerana raya sudah nak dekat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...