Remaja 13 Tahun Nekad Gantung Diri Akibat Tekanan Kerja Sekolah Yang Banyak

Trending

Remaja 13 Tahun Nekad Gantung Diri Akibat Tekanan Kerja Sekolah Yang Banyak

Tekanan dan masalah hidup yang dialami setiap individu berbeza dengan yang lain. Setiap individu akan mengalami masalah hidup tidak kira muda ataupun tua. Terbaru gempar apabila remaja berusia 13 tahun menggantung dirinya akibat daripada beban kerja sekolah yang banyak.

Kejadian berlaku di Georgetown, Pulau Pinang apabila pelajar lelaki tersebut menggantung dirinya menggunakan tuala di bilik air rumahnya. Beliau kemudian disahkan meninggal dunia semasa perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Advertisement

Sebelum kejadian itu berlaku, ibunya yang mahu keluar rumah mengingatkan anaknya supaya menyiapkan kerja sekolah. Namun dia mengatakan dia tidak mampu menyiapkannya sebelum terus ke bilik air untuk mandi.

Selepas lebih 30 minit masuk ke dalam bilik air, bapanya yang hairan anaknya tidak keluar mengetuk pintu bilik air namun tiada jawapan.

“Bimbang sesuatu berlaku, bapa remaja itu menolak pintu bilik air sebelum terlihat anaknya menggantung diri dengan menggunakan tuala.”

tuala warna putih
Bapanya kemudian menurunkan anaknya dan memberi bantuan pernafasan sehingga anaknya itu termuntah sebelum dia meminta bantuan jiran menghubungi ambulans. Ambulans tiba tidak lama kemudian dan pegawai perubatan turut memberikan bantuan pernafasan selama 30 minit sebelum dibawa ke hospital.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah ditemui pada fizikal remaja berkenaan.

Ibu remaja tersebut memberitahu sebelum ini guru anaknya pernah menghubungi dan memaklumkan anaknya tidak menyiapkan kerja sekolah.

Sumber: Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...