Remaja 13 Tahun Ditahan Jalin Hubungan Sumbang Mahram Dengan Kakak Sehingga Lahirkan Bayi

Trending

Remaja 13 Tahun Ditahan Jalin Hubungan Sumbang Mahram Dengan Kakak Sehingga Lahirkan Bayi

Berita mengenai dua adik beradik melakukan hubungan sumbang mahram sehingga melahirkan bayi pra-matang mengejutkan banyak pihak.

Kejadian itu berlaku di Kampar, Perak di mana polis menahan seorang remaja lelaki 13 tahun dipercayai bapa kepada bayi pra-matang yang dilahirkan oleh kakaknya yang berusia 15 tahun di bilik air.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, perbuatan sumbang mahram tersebut terbongkar apabila kakak yang berusia 15 tahun yang baru bersalin itu dibawa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan pada pukul 10 malam semalam.

Sebelum dibawa di hospital, remaja perempuan yang tidak bersekolah tersebut mengadu sakit perut kepada ibunya pada pukul 3.30 petang sebelum dia masuk ke tandas untuk membuang air besar.

Remaja yang mengaku tidak mengetahui dia sedang mengandung itu terkejut apabila dia secara tiba-tiba melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas berkenaan.

Tambah Hasron Nazri, ibu remaja yang berada di dapur ketika itu terdengar jeritan mangsa sebelum masuk ke tandas dan mendapati dia berlumuran darah selain terdapat seorang bayi di dalam mangkuk tandas.

Ibunya terus membawa remaja dan bayi tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Hasil soal siasat terhadap remaja perempuan itu mendapati dia mengaku telah beberapa kali melakukan hubungan sumbang mahram dengan adik lelakinya pada Mei lalu di bilik belakang rumah mereka.

Menurutnya, bayi berkenaan dipercayai dilahirkan awal iaitu kira-kira usia tujuh bulan kandungan dan dia kini berada di bawah pemerhatian doktor pakar manakala remaja perempuan tersebut kini dirawat di Wad Bersalin, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Polis telah menahan adiknya di rumah mereka dan dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Rosak disebabkan adik-beradik sendiri

“Aku dengan adik-beradik lelaki aku pun malu”

“Takkan tak tahu mengandung tujuh bulan?”

“Di mana ibu bapa kanak-kanak itu?”

Apa pun kejadian ini membuka mata banyak pihak mengenai gejala negatif di kalangan remaja, terutamanya penggunaaan telefon pintar yang memberi akses kepada rakaman bahan-bahan lucah yang berleluasa.

Ibu bapa sepatutnya memantau anak-anak dan memisahkan tempat tidur mereka apabila salah seorang sudah akil baligh.

Apabila terjadi sebegini, masa depan berkemungkinan gelap, terutamanya bayi tak berdosa yang lahir dari hubungan sumbang mahram tersebut. – amazingnara.com

Sumber: Kosmo,

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...