Semalam, kecoh di media sosial selepas seorang usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz memuat naik video memaparkan dirinya membuat rawatan ‘tanam benang’ dan susulan itu, ramai menegur bahawa rawatan itu haram disisi Islam.
Sedar ramai netizen yang menegur, Sasha tampil menjelaskan bahawa rawatan tersebut tidak melibatkan pembedahan, sebaliknya hanya mengguna seutas benang yang diserapkan di dalam kulit wajah dan akan hilang dalam tempoh setahun atau dua tahun.
Bahkan, Sasha turut memuat naik penjelasan daripada Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengatakan rawatan itu diharuskan sekiranya untuk hilangkan aib kedutan di wajah.
Dalam pada masa yang, influencer itu meminta orang ramai untuk bertenang kerana rawatan yang dilakukan hanyalah untuk menambah kolagen dan menegangkan kulit, sama sekali tidak mengubah wajah.