Sememangnya kewujudan sosial media menyebabkan banyak pihak mengeluarkan kenyataan yang kadang kala berdasarkan emosi. Lebih-lebih lagi orang muda seperti Afiq Muiz pastinya tidak sempat berfikir dua kali sebelum menaip sesuatu sebagai luahan perasaan.
Membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Afiq Muiz menerusi Twitternya membuatkan Abang Nara mengelengkan kepala. Kalau mati tetapi tidak mendapat kemaafan daripada ibu pun tiada gunanya. Walaupun ibu Afiq yang bersalah, sedikit sebanyak pasti ada silap di pihak Afiq jua.
Tak tahu sama ada Afiq sudah berjumpa dengan ibunya atau belum lagi selepas kontroversi ini berlaku. Nasihat Abang Nara, jumpalah ibu anda, salam tangannya, cium dahinya, mohon maaf padanya. Lepas itu kalau nak mati pun matilah. Jangan menyesal di kemudian hari kalau tak sempat memohon maaf kepada ibu kandung anda.