May 8th, 2014

Sedih sangat Abang Nara membaca kisah kegagalan perkahwinan Enot. Untuk makluman, Enot telah berkahwin 2 kali dan kedua-duanya berakhir dengan penceraian. Rupa-rupanya selama berkahwin, Enot yang terpaksa bekerja keras dan menanggung kehidupan suaminya. Memang patutlah Enot bercerai. Ada ke patut bini yang bagi laki makan? Ish, ish, ish.
enotKalau Abang Nara jadi bekas-bekas suami Enot, memang akan malu dengan pendedahan ini. Mana nak letak muka apabila orang ramai tahu selama ini hidup ditanggung isteri? Kata Enot kepada Mstar Online:-

Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami. Apa yang membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yang terdahulu mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik.

Mana-mana wanita yang pernah mengalami pengalaman seperti Enot ini sudah tentu fobia dan serik. Confirm taknak kahwin lagi dah. Kalau kahwin kali ketiga dan kena tanggung suami juga, memang malang sungguh nasib Enot. Apa pun, nasihat Enot kepada mereka yang ingin berkahwin haruslah diambil berat. Kata Enot:-

Saya nasihatkan, carilah lelaki yang bukan sekadar menyayangi kita tetapi mempunyai kewangan kukuh. Tak perlu nak kaya, asalkan mereka rajin dan mampu menanggung kita, cukuplah.

enot

Bagus kan nasihat Enot? Sekurang-kurangnya periksalah latar belakang suami anda. Dah bekerja ke belum, banyak hutang ke, laki orang ke. Jangan kerana cinta, anda jadi buta. Kalau dah kahwin, bukan boleh kenyang makan cinta. Kalau laki tak kerja memang parah dan payah. Hati-hatilah pilih calon suami.

P.S: Honda S660 mula dibina 2015


Comments are closed.

Loading...