Tindakan menyentuh hati seorang ibu yang sanggup meraikan ulang tahun kelahiran anaknya di tempat kerja remaja itu telah mencuri perhatian ramai di media sosial.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok bernama Irfan, ibunya bersama adik lelaki sanggup datang ke stesen minyak tempat dia bekerja semata-mata untuk menyambut hari lahirnya dengan membawa sebiji kek.
Ibu rela datang jauh-jauh semata nak sambut ‘birthday’ dekat tempat kerja. Terima kasih ibu kerana melahirkan dan membesarkan Jebat.
Perkongsian itu mengundang reaksi sebak dan pujian daripada warganet yang tersentuh dengan kasih sayang seorang ibu, selain menitipkan nasihat agar Irfan terus menghargai pengorbanan tersebut.
“Adik, awak kerja elok-elok. Jaga mak sungguh-sungguh, ingat pengorbanan dia. Jadi anak soleh ya,” tulis @Mok Ning Kelate.
Tidak kurang juga yang meluahkan kerinduan terhadap ibu bapa yang telah tiada.
“Ibu awak buat saya rindu arwah emak. Sambutannya mungkin kecil, tapi emak tak pernah lupa ulang tahun saya,” luah @Hadie Bibie88.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.