Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team yang sering sahaja mencetuskan kontroversi, Suhaimi Saad memaklumkan bahawa dia sudah bersara untuk menyanyi lagu bergenre ketuhanan seperti dahulu.
Meskipun begitu, minatnya terhadap bidang nyanyian tidak akan pernah padam kerana keputusannya itu tidak bermakna dia bersara terus daripada dunia nyanyian namun ingin mengetengahkan genre lain pula.
View this post on Instagram
Ujar Suhaimi, dia hanya ‘meletakkan jawatan’ sebagai penyanyi nasyid namun akan terus menyanyi selagi dikurniakan nikmat suara yang merdu.
Jelas suami kepada penyanyi Ina Naim ini lagi, dia akan terus berkarya menerusi kumpulan Bismillah yang ditubuhkan pada bulan Januari yang lalu.
Kumpulan Bismillah ini menampilkan Suhaimi dan isteri serta empat anaknya yang lain iaitu Ehmad Hadie El Fardie, Sallman El Khoyri, Phyrosh Ed Fadwah dan Nurlayla El Ghufrony sebagai penyanyi.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“InsyaAllah Bismillah akan release album dalam bulan ini. Kami akan terus bawa genre-genre lain selepas ini yang masih lagi berkonsepkan ketuhanan serta membawa maksud positif. Dalam nasyid sendiri ada irama pop, balada, asli malah rock.”
Difahamkan juga Suhaimi ada mengumpul bahan-bahan terbaru untuk lagu-lagu terbarunya dan turut memaklumkan bahawa dia telah selesai merakamkan demo sebuah lagu bergenre rock kapak yang berjudul Kadang-Kadang Rindu, Kadang-Kadang Lupa.
Terdahulu, penyanyi kelahiran negeri Pahang itu telah memulakan kerjayanya pada tahun 1999 apabila menyertai kumpulan nasyid In-Team yang cukup popular dengan lagu seperti Kasih Kekasih dan Impian Kasih.