Rekod Bekalan Tertinggi, Selangor Bakal Terima Lebih 4 Juta Dos Vaksin Bulan Hadapan

COVID-19

Rekod Bekalan Tertinggi, Selangor Bakal Terima Lebih 4 Juta Dos Vaksin Bulan Hadapan

Selangor akan menerima 4,008,710 dos vaksin bulan depan, sekali gus menjadikannya jumlah tertinggi pernah diterima mana-mana negeri.

Perkara ini telah dimaklumkan EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan serta Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, di laman sosial Twitternya.

Advertisement

“Alhamdulillah, saya menghadiri mesyuarat CITF (Badan Bertindak Imunisasi COVID-19) pusat pagi ini, Selangor akan dapat 4,008,710 dos vaksin untuk bulan Julai. Bekalan yang tertinggi”

Menerusi ciapan berkenaan, Dr Siti Mariah turut berkongsi data pemberian jumlah vaksin yang akan diterima oleh negeri lain antaranya :

  • Sarawak menerima sebanyak 2,389,582 dos.
  • Kuala Lumpur dan Putrajaya (1,614,421).
  • Johor (950,618).
  • Sabah (675,032) dan Perak (688,126).

Semoga semakin ramai masyarakat divaksin untuk sama-sama kita mencapai tahap herd immunity ini nanti.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...