Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie tampil menjelaskan bahawa dia sedia maklum mengenai tindakan beberapa individu yang mencuri idea pelitup muka yang telah dihasilkannya.
Namun, bagi bapa kepada seorang anak ini, dia lebih memilih untuk tidak mahu mengambil sebarang tindakan berhubung isu rekaan koleksi topeng mukanya itu kerana baginya, ianya membuang masa sahaja.
Jelas Jovian lagi, dia bukan tidak mahu mempertahankan haknya tapi lebih memahami situasi sukar yang dialami semua pihak ketika ini.
Baginya lagi, tindakan saman-menyaman ketika waktu ini hanyalah membuang masa dan menghabiskan tenaga.
“Isu #Jovianmask ditiru dan dijual merata-rata. Bukan taknak fight. Tapi mungkin depa pun tengah susah nak cari income. kita letgo ajalah case ni. Rezeki saya InsyaAllah banyak lagi dan luas Allah bagi. Kita redha and move on! Setuju?”
Jovian dilihat telah berkongsi mengenai isu tersebut di ruangan Instagram miliknya baru-baru ini.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan tidak kurang juga rakan artis tampil memberi sokongan dan mendoakan supaya pereka fesyen ini terus dipermudahkan rezeki di kemudian hari.
Sebelum ini tular di media sosial apabila ramai peminat Jovian mengadu mengenai harga Jovian Mask yang dijual Jovian sendiri dan beberapa peniaga yang lain.