Rekaan Kreatif Dan Unik KLoe Hotel Di Bukit Bintang Ini Menarik Perhatian Ramai

Travel

Rekaan Kreatif Dan Unik KLoe Hotel Di Bukit Bintang Ini Menarik Perhatian Ramai

Walaupun baru saja dilancarkan, hotel yang terletak di Bukit Bintang ini berjaya menarik perhatian ramai gara-gara rekaan yang lain daripada yang lain. Menariknya, hotel yang diberi nama KLoe ini sebenarnya dimiliki oleh suami kepada Cheryl Samad yang merupakan pengacara yang pernah popular di Malaysia satu ketika dahulu.

KLoe Hotel nampak begitu mewah dan eksklusif ditambah pula dengan rekaan yang cukup kreatif. Setiap sudut di dalam hotel dihias kreatif dan sangat ‘Instagrammable’ untuk pengunjung mengambil gambar.

Advertisement

kloe hotel

kloe hotel

Advertisement

kloe hotel

kloe hotel

kloe hotel

Sekali pandang, nampak seperti berada di luar negara! Lokasi yang cukup strategik ini juga pastinya akan menarik perhatian pengunjung yang ingin mencari penginapan dengan suasana yang cukup cantik ini. Pastinya ramai ‘kaki foto’ yang akan menerjah hotel ini untuk dapatkan gambar-gambar kreatif di setiap sudut hotel.

Bagi anda yang mencari penginapan di sekitar Bukit Bintang, mungkin boleh mencuba sendiri rasai pengalaman menginap di sini. Hotel ini juga baru sahaja beroperasi jadi jangan lepaskan peluang menjadi pengunjung yang terawal!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...