Rekaan Konvenien & Elegen. Ini Pendapat Jujur Kami Lepas Try Spritzer Water Pump Dispenser

Branded

Rekaan Konvenien & Elegen. Ini Pendapat Jujur Kami Lepas Try Spritzer Water Pump Dispenser

Musim panas membuatkan kita sentiasa dahaga apabila badan kehilangan air daripada aktiviti perkumuhan. Oleh itu, amat penting minum air yang secukupnya untuk menghidratkan diri.

Bagi yang tinggal bersendirian, menyewa bilik atau apartmen, memiliki stok air mineral semulajadi merupakan satu kewajipan.

Tips untuk berjimat, beli botol yang bersaiz besar supaya mampu bertahan lebih lama dan gunakan Spritzer Water Pump Dispenser untuk memudahkan pengambilan air, hanya tekan butang, air terus masuk ke dalam cawan.

Spritzer Water Pump Dispenser

This image has an empty alt attribute; its file name is dQRIrl3KjIvT_B_RdgiQPDfkg9F8BZ_huzM4xIsx4HcB6Defr-JDEZVQz-4LHkTSJx9DO_hQ7o8lsI2BRpfPesRYSrZVZwThie-GwDuLtkQtzm1yR7ofb-iJcZuHHvrSNbLUEMxU

Spritzer kali ini hadir dengan Spritzer Water Pump Dispenser, rekaan pam air ringkas ini pastinya menjadi penyelamat untuk kehidupan seharian.

Penggunaannya mudah sahaja, pertama sekali tanggalkan penutup dalaman dispenser pada botol air. Kemudian letakkan Spritzer Water Pump Dispenser yang telah disambungkan dengan hos pada corong botol dengan penutup.

Spritzer Water Pump Dispenser ini menggunakan tenaga pengecasan, untuk kali pertama penggunaan digalakkan untuk mengecasnya selama 3 jam terlebih dahulu. Selain menjimatkan elektrik, pam air ini boleh digunakan berulang kali sebelum perlu dicas semula.

Rekaan terkini dan estetik

This image has an empty alt attribute; its file name is OqRnSa5OrGQF6w7ltcVx2EIXaVnEpqCrwapQAwCs53kb6R0Xm4sRJx59IvoFFMc11eJHQS--r_5iAS2XaXS_FG3fw7NjY4Xo-xDduMBeRJYXZ9CaT7gTxETAvi00PZ2ZYkum6GWG

Spritzer Water Pump Dispenser didatangkan bersama dengan dispenser pam air, hos silikon dan wayar pengecas USB.

Hadir dengan warna paling trendy tahun ini tidewater green dengan perincian kemasan berwarna emas, kami yakin sekali pandang korang gerenti jatuh cinta dengan rekaan yang tampak elegan dan mewah ni.

Menggunakan warna yang sedap dipandang, Spritzer Water Pump Dispenser pastinya menjadi menyeri ruangan kerana kehadirannya dapat membangkitkan ciri moden yang menjadi pelengkap gaya ruangan.

Kalau korang nak ruangan nampak mewah tanpa perlu berbelanja besar tidak keterlaluan jika kami katakan Spritzer Water Pump Dispenser merupakan pilihan terbaik.

This image has an empty alt attribute; its file name is bmKIroUOVANF-9TpQuyT4oSKNz2D5i1HcTnslCc5M-wevSKH6diICrH9Dav0yTaXRTXEafETdPvlamF1EYzT3XC-Kucp5AqYYgwa0dah9xocVszKUvms74sCSm1E7rM1JkHbJ_pS

Bagi perinciannya pula pada bahagian atas pam air ini terdapat dua butang yang berfungsi sebagai mode agihan iaitu power button yang akan berhenti mengikut kehendak pengguna dan mode 600 ml.

Dengan rekaan dan kualiti yang dipamerkan Spritzer Water Pump Dispenser dijual pada harga RM39.90 sahaja.

Jadikan Spritzer Water Pump Dispenser teman menghidratkan diri

This image has an empty alt attribute; its file name is Oi_eKgFjAWf27qlAw2e1_EEy1PeK3LBuqnJJM4XfWtvcey1PpDn8mBUezvqrFH2UaigqOROFiDXChleDD-VhwN-mnNLYNa6J9l_Rhdm2ju4MRGGdsfbdBg5_lneikeq1Mds-3U5P

Tanpa menggunakan jumlah tenaga elektrik yang tinggi (hanya apabila dicas), Spritzer Water Pump Dispenser merupakan produk wajib dimiliki masa kini.

Selain rekaan yang trendy dan estetik, ia juga merupakan ciptaan yang memudahkan dan sangat sesuai dengan kehidupan yang bergerak pantas. Jadi amat sesuailah bagi korang yang bekerja atau masih belajar.

Spritzer pastinya menjadi pilihan setiap masa kerana kenikmatan rasa air mineral semulajadi daripada hutan hujan tropika memberi kepuasan dengan setiap tegukan. Memang takkan sama berbanding air mineral semulajadi lain di pasaran!

Jadi tunggu apa lagi dapatkan kebaikan air mineral semulajadi Spritzer bersama Spritzer Water Pump Dispenser hari ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...