Rekaan Baju Patriotik Punca Rezeki Ibu Tunggal Ini

Fesyen

Rekaan Baju Patriotik Punca Rezeki Ibu Tunggal Ini

Tak disangka-sangka usaha rekaan baju tema hari kebangsaan untuk anak kembarnya telah mengubah kehidupan seorang ibu tunggal dari Sungai Petani, Kedah.

Rezeki Mahani Udit, 30 berubah setelah mencipta baju untuk anak kembarnya sempena pertandingan baju patriotik tercantik di tadika pada 2015.

Mahani Udit.30 mencipta baju hari patriotik.

Sumber: Sinar Harian

Dipetik dari Sinar Harian, Mahani adalah seorang ibu tunggal kepada 3 cahaya mata telah mendapat tempahan baju patriotik yang banyak pada setiap bulan Oktober dan September.

Advertisement

Mahani berkata, tempahan diterima bukan sahaja dari orang perseorangan, tetapi agensi institusi, penganjur program dan sebagainya untuk dipakai pada hari kemerdekaan.

Berjiwa patriotik

mula mereka baju patriotik untuk anak kembarnya.

Kredit: Malay Mail

Ketika anak saya memberitahu mereka perlu memakai baju patriotik untuk pertandingan di tadika, saya mula terfikir. Takkan nak bagi anak-anak saya pakai baju berwarna berasaskan bendera Malaysia. Itu sudah biasa untuk dinilai dalam pertandingan.

Pendapatan yang tidak menentu membuatkan saya tidak mampu membeli pakaian untuk anak-anak.

Bermula dari situ, saya tekad menjahit baju anak-anak dan mula memberanikan diri mengambil upah menjahit telekung.

tekad menjahit baju patriotik sejak anak menang baju tercantik

Kredit: Malay Mail

Tempahan untuk hari merdeka

Pada tahun ini, Mahani berkata sebanyak 1500 tempahan baju patriotik yang perlu disiapkan dalam tempoh dua bulan iaitu Ogos dan September.

tempahan sebayak 1500 untuk tahu ini

Kredit: Malay Mail

Saya perlu bekerja lebih masa sejak Julai lalu untuk menyiapkan kesemua tempahan. Saya mampu menyiapkan 30 pasang sehari dalam tempoh lapan jam. Saya akan jahit bermula dari pagi, kadang-kadang tidak sempat siap di kedai, saya sambung jahit di rumah.

Tahun ini, saya ambil tempahan awal kerana tempahan yang diterima agak banyak. Tempahan adalah untuk Hari Kemerdekaan yang disambut pada bulan ini dan Hari Malaysia pada September. Selain baju patriotik, saya juga menjahit baju jenis lain antaranya kemeja, baju kurung, uniform dan lain-lain.

Harga baju Jalur Gemilang

harga RM50-RM250 sepasang baju Jalur Gemilang

Facebook: Mahani Bt Udit

Beliau menjual baju Jalur Gemilang yang dijahit dengan harga RM50 hingga RM250 sepasang mengikut saiz dan corak baju.

Pendapatan jual baju Jalur Gemilang

Mahani berkata, pendapatannya kini mencecah ribuan ringgit setiap bulan namun ia berlipat kali ganda pada bulan Ogos dan September dengan tempahan baju patriotik oleh pelanggannya.

pendapatan bulan Ogos dan September berlipat kali ganda

Facebook: Mahani Bt Udit

Saya ingin menjadi usahawanita yang berilmu supaya saya boleh melangkah lebih jauh.

Saya tidak mahu lagi hidup dalam kesusahan dan mahu anak-anak saya senang, tidak susah seperti ibu mereka.

Semoga ibu tunggal ini terus berjaya dalam membersarkan anak-anaknya. Teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan.

 

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...