Reka Teemor Dedah Konsep Islamik Bagi Majlis Nikah Fattah Amin & Amira Othman – “Menyentuh Jiwa”

Hiburan

Reka Teemor Dedah Konsep Islamik Bagi Majlis Nikah Fattah Amin & Amira Othman – “Menyentuh Jiwa”

Pereka perkahwinan terkenal, Reka Teemor, mendedahkan konsep istimewa yang bakal digunakan dalam majlis pernikahan pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman tidak lama lagi.

Bertemakan elemen Islamik yang elegan dan penuh simbolik, konsep tersebut dinamakan ‘Zaus’, yang membawa maksud ‘pasangan yang ditakdirkan Ilahi’ atau dalam Bahasa Inggeris, ‘My Divine Pair’. Menurut Reka Teemor, nama itu dipilih kerana ia melambangkan kesucian ikatan perkahwinan.

Advertisement

Majlis akad nikah pasangan itu akan berlangsung di sebuah lokasi eksklusif berlatarbelakangkan matahari terbenam, memberikan suasana romantis dan menenangkan. Kad jemputan turut diinspirasikan daripada elemen pantai bagi mengekalkan keindahan suasana.

Selain itu, pelamin direka berkonsepkan seni Islamik yang ringkas tetapi bermakna, dengan tambahan elemen dekorasi seperti tangga tinggi dan ruang bergambar yang santai namun eksklusif. Jelas mereka,

Kami mahu majlis ini bukan hanya indah dipandang, tetapi juga menyentuh jiwa.

Untuk rekod, Fattah dan Amira bakal disatukan pada 14 September, tarikh yang juga ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35. Pelakon itu sebelum ini mengejutkan ramai apabila melamar Amira secara terbuka ketika penyanyi tersebut berduet bersama adiknya, Irfan Haris, dalam lagu baharu mereka ‘Rasa & Takdir’.

fattah amin amira othman
2025-09-10 09:57:00

Netizen Dakwa Fattah Amin Bukan 'Kekasih Pertama' Amira Othman? - "Bukan Pernah Hampir Nak Kahwin Ke Sebelum Ni?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...