Reka Cerita Buruk, YouTuber Mukbang Popular Tak Boleh Terima Cinta Ditolak Oleh Liana Beep Beep?

Kehidupan

Reka Cerita Buruk, YouTuber Mukbang Popular Tak Boleh Terima Cinta Ditolak Oleh Liana Beep Beep?

Pempengeruh media sosial, Liana Beep Beep tampil bersuara selepas seorang YouTuber Mukbang lelaki yang dikenali ramai memburukkan namanya di dalam satu podcast.

Dapat dilihat dalam perkongsiaan Liana di platform TikTok, dia mendedahkan bukti-bukti perbualan bersama YouTuber tersebut bagi membuktikan bahawa dakwaan yang dilemparkan oleh lelaki itu tidak betul.

Advertisement

YouTuber reka cerita buruk Liana

Difahamkan, YouTuber itu sudah simpan perasaan dalam tempoh yang lama terhadap Liana dan merasakan influencer itu adalah jodohnya.

Bagaimanapun, lelaki terbabit mendakwa Liana menipu tentang kehidupan kayanya dan segala yang diceritakan adalah tipu belaka.

Lepas tu aku tanya dia kereta-kereta mewah yang dia pakai tu kereta siapa, dia cakap kereta tu keluarga dia punya. Sampai satu tahap tu, dia cakap satu benda yang agak merepek. Dan apa yang dia cakap sebelum ni macam ada unsur penipuan.

Tampil perjelaskan perkara sebenar

Sedar mengenai dakwaan YouTuber itu, Liana tampil menunjukkan bukti perbualan mereka di WhatsApp yang memaparkan YouTuber itu pernah meluahkan perasaan terhadapnya pada tahun 2022.

Saya membesar dan tinggal di US selama 15 tahun. Saya masih memperbaiki diri dan belajar bahasa Melayu sejak saya berkahwin.

Bahkan, Liana turut sempat mendedahkan sijil-sijil akademiknya semata-mata untuk membuktikan bahawa dia sememangnya memiliki dua ijazah sarjana.

Liana beep beep
1 year ago

"Difitnah, Dikeji Ketika Hamil Trimester Pertama" - Liana Beep Beep Menang Kes Saman, Berjaya Bersihkan Nama Dari Fitnah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...