Reka Bentuk Pastri Yang Menarik & Kreatif Hasil Buatan Bekas Arkitek

Trending

Reka Bentuk Pastri Yang Menarik & Kreatif Hasil Buatan Bekas Arkitek

Dinara Kasko merupakan seorang patissier yang berasal dari Ukraine. Patissier adalah merupakan perkataan yang berasal dari negara Perancis yang bermaksud “chef pastri”. Baru-baru ini hasil karya pastri Dinara telah mendapat banyak perhatian daripada pihak netizen dalam mahupun luar negara.

Advertisement

Selain daripada reka bentuk yang selalu dapat dilihat di kedai-kedai menjual pastri, terdapat juga reka bentuk yang seakan-akan olahan daripada seni bina bangunan yang mencuri perhatian ramai. Di bawah ini adalah beberapa hasil kerja beliau yang dimuatturunkan di dalam akaun Instagram beliau.

A post shared by Dinara Kasko (@dinarakasko) on

A post shared by Dinara Kasko (@dinarakasko) on

A post shared by Dinara Kasko (@dinarakasko) on

Sebenarnya, sebelum menjadi seorang pakar membuat pastri, Dinara adalah merupakan seorang arkitek. Masih tidak dapat dipastikan mengapa Dinara berhenti dari menjadi seorang arkitek, namun apa yang pasti, wanita ini telah menggunakan idea-idea kreatif beliau ketika ketika berkhidmat sebagai seorang arkitek bagi menghasilkan hasil seni pastri yang kreatif.

A post shared by Dinara Kasko (@dinarakasko) on

Di bawah ini pula adalah satu video yang dimuatturunkan oleh beliau di dalam laman Youtube bagi berkongsi dengan ramai akan proses pembuatan salah satu hasil pastri beliau. Seperti dapat dilihat di bawah,
beliau telah menggunakan teknologi pencetak 3D bagi menghasilkan acuan pastri tersebut.

Bagi mereka yang gemar membuat pastri di rumah, boleh la jenguk-jenguk akaun Instagram mahupun Youtube Dinara ini ya. Manalah tahu boleh dapat satu idea yang menarik bagi menghasilkan kek-kek yang menarik untuk dijual kepada ramai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...