Renjis ‘Air Belaga’, Kehadiran Raja Bomoh Di Kawasan Tanah Jerlus Masjid India Curi Perhatian Netizen

Kehidupan

Renjis ‘Air Belaga’, Kehadiran Raja Bomoh Di  Kawasan Tanah Jerlus Masjid India Curi Perhatian Netizen

Kehadiran Raja Bomoh Dato Ibrahim Mat Zin ke kawasan tanah jerlus Masjid India mencuri perhatian netizen setelah videonya merenjis ‘sesuatu’ di lokasi kejadian menjadi tular di media sosial.

Memetik Harian Metro, kehadiran Raja Bomoh itu difahamkan adalah untuk membantu usaha mencari mangsa yang masih belum ditemui sehingga kini.

Advertisement

Saya datang ke sini sebab saya lihat mereka (pasuka menyelamat) sudah berhari-hari menjalankan usaha pencarian, namun masih belum menemui mangsa.

Justeru saya mahu membantu pencarian mangsa menggunakan kaedah tertentu sekiranya dibenarkan pihak berkuasa.

Namun kehadirannya ke kawasan kejadian dihalang pihak berkuasa.

Saya datang sini bawa ‘air belaga’. Air ini kita bawa nak siram tempat itu (lokasi kejadian). Kita ambil air ini dekat Pulau Sembilan, Beting Beras Basah.

Dia dilihat merenjis air yang disimpan dalam labu air berwarna hitam di sekitar kawasan kejadian.

Terdahulu, media melaporkan terdapat beberapa organisasi keagamaan tampil membuat upacara ritual bagi membantu pencarian mangsa yang hilang akibat ‘ditelan’ tanah jerlus ketika berada di jalan Masjid India.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ritual wanita tanah jerlus
4 months ago

Ikhtiar Mencari Wanita Jatuh Dalam Tanah Jerlus Di Masjid India, Malaysia Hindu Sangam & Hindu Dharma Lakukan Ritual

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...