Reen Rahim Tidak Mahu Gosip Sudah Punyai Teman Lelaki Kacak Diperbesarkan

Hiburan

Reen Rahim Tidak Mahu Gosip Sudah Punyai Teman Lelaki Kacak Diperbesarkan

Minggu lepas kami ada siarkan artikel daripada sumber portal Murai yang mengatakan aktres Reen Rahim sudah mempunyai kekasih hati yang agak kacak selepas ada saksi yang melihat aksi mesra mereka berpegangan tangan di sebuah restoran terletak di Subang Jaya baru-baru ini.

Namun, jelas Reen nampaknya tidak mahu berbicara lanjut mengenai jejaka tersebut buat masa ini dan tidak pernah berhasrat untuk menyorok status sebenar beliau bersama lelaki berkenaan. Malah tambah Reen ia bukan satu isu yang harus diperbesarkan kerana beliau tidak melakukan perkara tidak senonoh di tempat awam.

Advertisement

Pihak yang nampak saya itu terang-terangan ditempat awam dan siapa jejaka berkenaan rasanya tidak perlu saya huraikan kerana sebagai seorang manusia biasa saya juga berhak untuk berkawan.

Jika saya ingin sorok mengenai hubungan cinta saya lebih baik saya ‘dating’ dekat tempat tertutup tetapi secara dasarnya saya tidak selesa bercakap mengenainya. Pada yang tahu, tahulah.

Memang bukan satu kesalahan yang besar pun, tetapi bila timbul gosip sebegini pasti ia akan menjadi tanda-tanya dikalangan peminat bukan? Kami rasa mereka pun faham kalau anda terangkan secara baik-baik tentang status hubungan sebenar anda dan jejaka tersebut.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...