Redza Rosli Kongsi Pengalaman Diserang Lelaki Mabuk

Hiburan

Redza Rosli  Kongsi Pengalaman Diserang Lelaki Mabuk

Pelakon baharu yang popular menerusi drama arahan Michael Ang iaitu Redza Rosli telah melalui saat yang agak tegang apabila diserang oleh seorang lelaki mabuk sehingga mengalami kecederaan semasa hendak mengisi petrol selepas pulang daripada penggambaran sebuah drama.

Advertisement

Kejadian ketika itu dalam pukul 2 pagi dan ketika hendak ke kaunter saya melihat seorang lelaki merenung saya dari dalam keretanya dan saya sangka dia ingin merompak saya. Ketika saya ingin isi minyak dia tiba-tiba memandu keretanya ke arah saya seperti ingin melanggar namun saya sempat mengelak.

Tidak terhenti di situ dia turun dari kereta dan mendekati saya sambil marah-marah dan saya terhidu arak dari mulutnya sebelum saya tolak dia. Ketika itulah dia menumbuk saya dan saya mempertahankan diri.

Akibat daripada pergelutan tersebut, Redza mengalami kecederaan pada bahagian dada dan leher tetapi ia tidak begitu serius. Tidak pernah berniat untuk mencari gaduh beliau hanya ingin mempertahankan diri apabila lelaki yang dibawah pengaruh alkohol itu mula bertindak ganas.

Dia serang saya sehingga kereta saya kemik tetapi tiba-tiba dia minta leraikan pergaduhan tetapi kembali menyerang saya.

Ketika itu saya sedar dia bertindak sedemikian kerana mabuk dan dia akhirnya meminta maaf sambil memeluk saya.

Orang mabuk ni kalau dah betul-betul khayal memang tidak ingat dunia dah ada yang boleh sampai membunuh. Hurm..syukurlah Redza Rosli tidak cedera dengan teruk.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...