Gara-gara sering memuat naik foto bersama di akaun Instagram, pelakon Redza Rosli dikatakan sedang bercinta dengan aktres popular, Ayda Jebat. Tidak mahu spekulasi liar tentang mereka berdua berpanjangan, Redza menjelaskan mereka sekadar kawan baik dan sudah lama mengenali antara satu sama lain sebelum ini.
Mungkin ramai yang tak tahu tetapi kami sebenarnya sudah lama berkawan tetapi jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing. Bercinta itu tidak tetapi kami memang rapat sebagai kawan dan Ayda adalah seorang sahabat yang baik.
Redza akui beliau tidak pernah menyangka foto-foto yang dimuat naik ketika menjalani penggambaran drama bersiri Ku Kirim Cinta di Australia pada bulan Februari lepas akan menjadi tumpuan ramai dan menimbulkan gosip.
Masa saya muat naik gambar bersama Ayda tak sangka pula orang akan fikir benda lain kerana foto itu hanyalah kenangan sebagai seorang kawan. Saya pun sudah lama tidak bertemu dengannya dan Alhamdulillah kami digandingkan dalam Ku Kirim Cinta.
Kedua-duanya masih solo mungkin itu salah satu sebab Redza dan Ayda dikatakan mempunyai hubungan istimewa. Harapnya selepas ini tiada lagi peminat yang keliru lagi.