Redah Banjir Untuk ke Hospital, Netizen Tersentuh Lihat Ustaz Ebit Lew Dukung Wanita Sakit Tua

Berita

Redah Banjir Untuk ke Hospital, Netizen Tersentuh Lihat Ustaz Ebit Lew Dukung Wanita Sakit Tua

Umum mengetahui bahawa Ustaz Ebit Lew merupakan antara pendakwah yang langsung tidak lokek memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Malah lelaki itu kini dilihat sangat aktif menghulurkan tenaga dan meringankan beban mangsa yang terjejas kerana banjir besar yang melanda beberapa negeri di Malaysia.

Advertisement

Terbaru di Pahang, Ebit Lew telah berkongsi situasi di mana satu keluarga telah menahan bot yang dinaikinya dan menanyakan bagaimana mahu ke Hospital Kuantan. Disebabkan air yang naik, keluarga tersebut perlu membawa salah seorang ahli keluarga yang dikatakan sakit tua serta parkinson dengan bot dan kereta untuk ke lokasi yang dituju.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Selepas berbual sebentar, pendakwah itu terus membantu mendukung wanita tua itu ke dalam bot dan juga kereta sambil dibantu oleh ahli keluarganya. Bahkan dia sempat berkongsi bahawa ramai terpaksa berulang alik ke hospital menaiki bot memandangkan klinik berdekatan sudah banyak yang tenggelam.

Ustaz Ebit turut meluahkan rasa terharu semasa mendukung wanita tua ini kerana merasakan seprti mendukung ibunya sendiri, selain meminta doa daripada mak cik tersebut.

“Baik makcik ini. Sempat minta doa makcik ini buat saya. Macam dukung mak sendiri. Rindu arwah mak. Semoga semua dalam keadaan selamat.”

Mulia betul hati Ustaz Ebit, semoga segala urusan baiknya dipermudahkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...