“Recommended!” – Dapat Hasilkan ‘Daily Look’, Ini Senarai ‘Makeup’ Mampu Milik Di Shopee

Kehidupan

“Recommended!” – Dapat Hasilkan ‘Daily Look’, Ini Senarai ‘Makeup’ Mampu Milik Di Shopee

Seperti yang kita tahu, para wanita pasti mahu untuk kelihatan cantik dan menarik sehingga sanggup berhabis wang ringgit demi membeli berbagai macam peralatan solek atau makeup.

Namun, tahukan anda yang sebenarnya and tidak perlu menghabiskan wang ringgit anda pada jenama makeup yang mahal demi mendapatkan hasil solekan yang cantik dan tampak natural?

Advertisement

Malah, kesemua produk ini sangat mudah untuk didapatkan dan dibeli di drug store ataupun lebih mudah menerusi link Shopee.

Menerusi bebenang di laman Twitter, tular mengenai sebuah hantaran oleh seorang usahawan jenama tudung Misriscarves dikenali sebagai Syazleen Anisa yang berkongsi senarai makeup mampu milik yang boleh menghasilkan mekeup harian.

1. Pixy Makeup Primer

Produk ini boleh menjadikan kulit muka anda nampak glow selepas memakai makeup. Anda boleh dapatkan di Shopee dengan harga RM24.57.

2. Mermaid Skin Foundation

Dengan hanya RM19, anda boleh dapatkan foundation dari jenama tempatan iaitu Kamelia Cosmatic di Shopee dan boleh digunakan untuk menghasilkan ‘makeup daily look‘.

Malah, foundation ini boleh disapu hanya dengan menggunakan jari oleh kerana teksturnya yang sangat smooth dan tidak cepat kering.

Selain itu, foundation ini juga sangat mudah untuk diratakan pada kulit muka sekaligus menjadikan hasil makeup yang nampak lebih natural.

3. Maybelline Hypersharp Liquid Eyeliner

Produk ini telah digunakan oleh ramai golongan wanita kerana harganya yang sangat berpatutan iaitu RM27.12 di Shopee dan sangat mudah untuk digunakan.

Walaupun anda tidak pandai memakai eyeliner, anda boleh cuba gunakan produk ini untuk proses belajar kerana ianya mudah untuk dibersihkan hanya dengan menggunakan cotton bud sahaja.

4. Faceshop Volume Mascara

Menurut Alin, ramai yang telah bertanya jenama Mascara apa yang digunakannya olehnya untuk menampakkan bulu mata lebih tebal atau volumize dan inilah rahsianya. Anda boleh dapatkan Faceshop Volume Mascara ini di Shopee dengan harga RM17.99.

5. Syedewa Minis Doha

Lipstick dari jenama tempatan iaitu Syedewa Minis Doha ini sangat recommended dan boleh didapatkan di Shopee dengan harga RM39.90.

6. Mini Fintastic Cheek Enhancer

Kalau anda nak tahu, Blusher ini boleh dapatkan di Shopee dengan harga RM29 dan boleh juga digunakan sebagai eyeshadow supaya dapat menjimatkan wang ringgit anda dan sekaligus memudahkan proses bersolek.

7. Jelita.kl Saffron Mist

Akhir sekali, selepas siap hasilkan makeup anda boleh spray mist ini di kulit wajah anda untuk mendapatkan makeup yang glowing sepanjang hari dan boleh dapatkan di Jelitakl.com dengan harga RM39.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

Lebih 2,000 Terjual Di Shopee, Ramai Rupanya Tak Tahu Pasal Dua Produk 'Viral' KoolFever Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...