Seperti biasa, setiap tahun apabila menjelangnya musim Hari Raya Aidiladha, Abang Nara akan menjejakkan kaki ke pejabat Zabeeh Services Sdn Bhd.

macam biasa setiap tahun kena posing dekat banner Zabeeh nie
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Abang Nara tidak mahu melepaskan peluang untuk melakukan ibadah yang sangat-sangat DITUNTUT ini. Setahun sekali je peluang untuk merebut pahala dengan melakukan ibadah qurban. Pilihan Abang Nara sudah tentulah syarikat Zabeeh Services Sdn Bhd yang sudah berpengalaman lebih daripada 10 tahun menyediakan perkhidmatan korban dan akikah untuk umat Islam luar negara yang kurang bernasib baik. Kira Abang Nara nie dah jadi pelanggan setia dioranglah.

pamplet Zabeeh untuk tahun nie. cantik dan sempoi. Semua info ada di dalamnya
Tahun ini Alhamdulillah ada rezeki lebih jadi Abang Nara membuat korban seekor lembu. Untuk makluman, harga untuk satu bahagian lembu ialah RM300 manakala untuk seekor kambing pula ialah RM580 sahaja. Memang jauh lebih MURAH berbanding harga di Malaysia. Boleh pilih mana-mana ikut kesesuaian dan kemampuan kita. Yang penting jangan lepaskan peluang untuk melakukan ibadah qurban sempena Hari Raya Aidiladha ini.

isi borang dulu.

amboi serius pulak. Alhamdulillah murah rezeki tahun nie dapat qurban seekor lembu
Tarikh tutup pendaftaran untuk melakukan ibadah qurban bersama Zabeeh Services Sdn Bhd pada tahun ini ialah 21 Ogos 2018 (Selasa). Banyak cara untuk kita mewakilkan ibadah qurban kepada pihak Zabeeh. Antaranya ialah:-
1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada Daftar Qurban.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis Saya Nak Qurban
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan Saya Nak Qurban
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

ha nanti akan ada sesi akad ini untuk mewakilkan pihak Zabeeh melakukan ibadah korban buat kita
Kalau terasa nak pergi ke pejabat Zabeeh Services pun boleh jugak. Mereka semua mesra-mesra dan akan melayan anda dengan sehabis baik. Bolehlah tanya sebarang persoalan yang bermain di minda. Alamatnya ialah:-
No 80-1A Jalan 3, Batu Caves Centrepoint, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

dah setel semua akan dapat resit sebagai bukti
Apa yang paling penting ialah selepas kira-kira 2 bulan ibadah ini selesai dilaksanakan, sekeping sijil akan dihantar oleh pihak Zabeeh Services Sdn Bhd ke rumah kita. Inilah bukti qurban kita telah selamat dilakukan.

tue Abang Nara pegang contoh sijil yang akan dihantar ke rumah kita kelak selepas semuanya selesai
Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat berkorban Abang Nara ucapkan. Semoga kita sentiasa mendapat lindungan dan rahmat daripadaNya. Maklumat lanjut sila layari www.zabeeh.com.my.

Tk
August 14, 2018 at 7:55 pm
Aku dah cakap dah. Tak payah redah sempadan nk tolong orang. Jelajah Malaysia ni. Ramai yang memerlukan bantuan anda. Malaysian first!!!
kak ngah
August 14, 2018 at 3:11 pm
minta semua hati hati.. suami saya penternak lembu.. orang ternak dan orang yg jual lembu tahu harga pasaran lembu macam mana.. tambah tambah, lembu di indonesia lagi mahal dari malaysia. sekarang ramai sangat orang guna agama untuk cari duit. dan sebenarnya penternak dapat jual lembu lagi mahal masa raya haji. jadi sangat tak logik benda ni.. dan tahun2 lepas pon sama, syarikat macam ni wujud untuk ambil kesempatan.. lepas viral..tukar nama lain pula..mohon semua hati hati
Anonymous
August 15, 2018 at 10:37 am
Lembu yg dia korban mmgla murah dari msia sbb dia beli lembu kat negara miskin yg dia nk buat korban tu. Harga kat tmpt tu. Bukan harga kat msia atau indonesia. Tp apapun, lebih afdal kalau tlg org miskin di negara sendiri dulu.
Abah kau
August 14, 2018 at 1:35 pm
Sorilah..tak berani aku nak percaya. Banner pun mcm baru lekat kat dinding
Bawang putih
August 14, 2018 at 1:35 pm
Biarla abg nara dah jalankn tngjawab sebagai org islam yg kecam2 tu bila lagi
besaq kepala
August 14, 2018 at 1:00 pm
Kat Malaysia pun ramai kebuluran, nak gi korban kat luar negara…wtf. Oi tolong negra dulu sebelum pikir orang luar. Ni semua geng2 buat duit atas nama agama, pasai tu gua tak caya islam melayu ni, semua kuat penipu sama macam pas, umno