Rebut Peluang Menang 50 Tiket Coldplay, Senang Kacang Jer Nak Menang Tiket Dengan CIMB!

Branded

Rebut Peluang Menang 50 Tiket Coldplay, Senang Kacang Jer Nak Menang Tiket Dengan CIMB!

‘But if you never try you’ll never know just what you’re worth’

Fuh, kehangatan kian terasa, siapa dekat sini dah tak sabar nak jamming dan vibing lagu-lagu Coldplay di konsert nanti, kita geng! 

Tapi, untuk anda yang terlepas peluang  untuk beli tiket ke konsert Coldplay hari itu, jangan risau sebab kami ada berita baik untuk kamu dan anda wajib kongsikan artikel ni dengan kawan-kawan dan keluarga okay?!

Hanya Perlu Berbelanja Dengan Kad CIMB atau Menyimpan Dalam Akaun Anda di CIMB, Peluang Untuk Menang Memang Tinggi!

CIMB Coldplay

Kalau hari itu CIMB ada buka pra pembelian tiket untuk pelanggan CIMB, kali ini mereka buka satu lagi peluang keemasan yang tak patut dilepaskan iaitu 50 keping tiket untuk dimenangi! Bestkan!!

Memahami keadaan peminat-peminat Coldplay di Malaysia yang kecewa tak dapat beli, CIMB bagi peluang khas untuk anda menang tiket konsert Coldplay dengan hanya perlu buat beberapa langkah yang sangat mudah! 

Nak tahu cara menang tiket konsert Coldplay? Jom kami kongsikan caranya di bawah:

– Berbelanja menggunakan kad kredit atau debit

– Tambah baki dalam akaun semasa atau simpanan anda di CIMB 

–  Lakukan transaksi dengan tambah nilai prabayar, JomPay atau FPX melalui CIMB Clicks

Kalau anda buat antara satu aktiviti di atas, peluang untuk anda menang tiket konsert Coldplay sangat tinggi. Senang kan?

Chup, chup, sebelum tu, anda wajib ikut kriteria penyertaan untuk memenangi tiket Coldplay seperti:

1. Berbelanja dengan Kad Kredit/Debit (setiap transaksi)

– Setiap perbelanjaan minima RM100 untuk Peruncit Gaya Hidup Mampan (Lifestyle Merchants) layak untuk 5x entri

– Setiap perbelanjaan minima RM100 untuk Peruncitan yang lain (termasuk perbelanjaan luar negara) layak untuk 1x entri

2. Setiap penambahan RM500 pada baki terakhir bulanan ke dalam Akaun Semasa/Simpanan* CIMB anda bermula pada 30 Jun 2023 layak mendapat 5x entri

*Akaun Semasa/Simpanan CIMB adalah dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

3. Setiap transaksi atas talian minima RM30 untuk tambah nilai prabayar / JomPay / FPX menggunakan CIMB Clicks layak mendapat 1x entri

Haa, kami kan dah kongsi semua kriteria diperlukan, anda tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini pula!

Makin Besar Peluang Menang Tiket Coldplay Dengan CIMB

CIMB Coldplay

Fuh, senang betul nak menang tiket konsert Coldplay ni kan?! Janji ikut kriteria diberikan.

Untuk pengetahuan, CIMB akan memilih pemenang-pemenang pada setiap bulan tau!

Bulan pertama: 5 pemenang akan membawa pulang sepasang tiket di CAT 3 (Standing Zone)

Bulan kedua: 5 pemenang akan membawa pulang sepasang tiket di CAT 3 (Standing Zone)

Bulan ketiga: 5 pemenang akan membawa pulang sepasang tiket di CAT 3 (Standing Zone)

Penyertaan tertinggi: 5 pemenang akan membawa pulang sepasang pakej My Universe dan 5 pemenang akan membawa pulang sepasang tiket di CAT 2

Fuhh, maksudnya makin banyak entri anda, makin besar peluang untuk anda menang! 

Psst, peluang untuk menang Tiket Konsert Coldplay ini bermula dari 20 Julai sehingga 19 Oktober 2023! Jadi, cepat rebut peluang keemasan ini sekarang juga!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi CIMB atau ikuti media sosial di Facebook, Twitter dan Instagram

Tertakluk pada terma dan syarat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...