Tidak diketahui kesahihan perkhabaran gembira ini namun jika benar, jutaan tahniah diucapkan buat Rebecca Nur Islam. Rasanya semua orang tahu betapa sebelum ini penampilan Rebecca memang mengancam. Namun daripada tulisan anak tirinya di laman sosial, Rebecca kini sudah pun berhijab.
Anak tirinya telah berkongsi gambar di atas dengan tulisan “Alhamdulillah ibu-ibu ku sekarang sudah berhijab!“.Kemungkinan besar perubahan ini berlaku selepas kepulangan Rebecca daripada menunaikan umrah. Sekiranya benar berita ini, jutaan tahniah diucapkan buat Rebecca. Moga terus istiqamah.