Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam meluahkan rasa kecewa apabila barang kemas mewah jenama Chopard yang juga merupakan hadiah hantaran perkahwinannya hilang.
Rebecca menyedari dia telah kehilangan rantai leher dan gelang tangan sewaktu dia sedang mengemas biliknya pada Ahad lalu. Aksesori mewah itu memang jarang diletakkan di dalam almari dan jarang sekali digunakan.
Bukan mahu menuduh, bagaimanapun menurut Rebecca hanya dia dan suami serta tiga pembantu rumah sahaja yang mempunyai akses untuk keluar masuk bilik tidurnya.Tambah menyedihkan, Rebecca memberitahu dua daripada tiga pembantu rumahnya itu sudah pulang ke kampung halaman masing-masing.
View this post on InstagramAdvertisement
Rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang berlaku dan mendoakan agar urusan mencari barang kemas tersebut dipermudahkan.
Harapnya Rebecca dapat jumpa balik barangan hantaran miliknya itu. Memang sedih bila sesuatu yang mahal dan ada ‘sentimental value’ dicuri. Mungkin selepas ini boleh simpan barangan berharga di tempat yang lebih selamat atau beli ‘safe box’.

Anonymous
December 26, 2019 at 3:54 pm
RAMAI MAID GILA..SO TKYAH AMBIK BAYK2 MAID BOLE BIKIN KIAMAT DUNIA..SATU PENGAJARAN
Anonymous
December 25, 2019 at 8:17 pm
Sebab tu le kena check barang rumah, nak nak yang mahal. Check bag maid tu lain cerita le.
Anonymous
December 24, 2019 at 4:51 pm
brg kemas yg bernilai di simpan je kalau x tunai zakat..brg kemas pun bernyawa
Anonymous
December 24, 2019 at 4:49 pm
perompak ada byk tektik..
Anonymous
December 24, 2019 at 4:30 pm
Walau macam mana baik pun pembantu rumah kena ada sifat curiga sikit. Sebelum bagi balik check dulu semua barang dalam rumah.
Anonymous
December 24, 2019 at 4:47 pm
Anon..time 4.30pm..kalau time balik baru nak check dh terlambat. Mana tahu sorok awal2 dulu di dlm tanah di luar rumah atau dlm pasu bunga yg bertanah. Sebelum naik kereta bos hantar airport, pura2 ge tandas dulu check the brg kemas.