Written by AbangNara | December 12th, 2013

Murni sungguh hati Rebecca Nur Islam ini. RM11,200 bagi Abang Nara adalah satu angka yang besar. Namun Rebecca tidak teragak-agak untuk mendermakan duit kemenangan saman ke atas Erma Fatima kepada mangsa-mangsa banjir di Kuantan, Pahang. Respek dan tabik hormat Abang Nara kepada Rebecca. Semoga sikap terpuji ini akan dicontohi oleh para selebriti lain.

rebecca nur islam

Walaupun kecewa dengan tindakan Erma Fatima yang menggunakan wang kertas RM1 untuk membayar saman tersebut, Rebecca enggan memanjangkan perkara tersebut dan bertindak untuk mendermanya. Kata Rebecca kepada Utusan Malaysia:-

Saya tidak tahu mengapa dia berbuat demikian, mungkin ini membuktikan dia masih tidak ikhlas mahu melakukan pembayaran mengikut arahan mahkamah. Bagaimanapun untuk tidak memanjangkan lagi kes ini, saya terima.

Kini saya dalam perjalanan ke Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa tragedi banjir di sana dengan menggunakan duit tersebut.

beca
Tahniah buat Rebecca atas tindakan suci murni anda. Semoga dengan amalan ini, kehidupan akan lebih dirahmati dan diberkati. Abang Nara juga percaya dengan adanya tindakan sebegini daripada selebriti seperti Rebecca, Siti Nurhaliza dan ramai lagi, kesedaran di kalangan orang ramai untuk membantu mangsa banjir pasti akan bertambah. Good job!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

122 responses to Rebecca Nur Islam Derma RM11,200 Duit Saman Erma Fatima Kepada Mangsa Banjir Kuantan

  1. Datin Hangit says:

    Well done becca, tak kisahlah becca nak menunjuk ke ape..asalkan die ade juge sedikit niat untuk membantu mangsa2 banjir yg sedang dlm kesusahan, bkn mcm sesetengah artis sengaja menunjuk kemewahan dan keseronokan di kala org lain menghadapi kesukaran. InsyaAllah rezeki lain pasti ade untuk u becca. Pada Erma puas hati kan!

  2. musykil says:

    hmm..bkan nk bruk sangke tp maybe dye derma kn duet tu sume sbb erma ade ckp hramkan untok dy kalo tu bkn hak dye..

  3. cikzara says:

    hmm. ada lagi suara sumbang mngata bila rebecca dermakn duit tu kat mngsa bnjir. kata mnunjuk bagai. hri tu bila rebecca pulangkn balik duit 5 sen yg erma bayar, kata sombong pulak, kata 5 sen tu duit jugak, kenapa tak nak ambik. kalo tak nak, pergi derma kat org yg lebih mmerlukan. ni dah rebecca derma, kata lagi dia sengaja mnunjuk. manusia2… buat apa pun, tetp akn dpersoalkn. takde bnda yg dpt mmuaskn hati mreka yg jnis mentaliti busuk hati berbau longkang ni.

    • Pelik says:

      haiiiii pelik le…org nk membantu pn d kondemnya gak…semuanya x btl..ad gak y berhati busuk…

      • lalat meroyan says:

        yang busuk hati ni semua erma yang tulis komen dgn pelbagai nama .. come on erma ,move on k , redha ! itu penting ..kau fokus je kat drama baru kau tu …ammara batrisya ,jgn buat kecoh lagi…

  4. helo helo says:

    elok la tu tolong mangsa banjir.. tak kisah la niat dia nak menunjuk ke tak, semoga dia mendapat keberkatan melalui sumbangan dia tu..

  5. senik says:

    takut mkn duit haram le tu…hi hi
    nk selamat,derma je laa beca oi

    • Nera says:

      betul3. . .
      dia takut nak makan duit haram. . .
      jalan mudah buat amal. . .
      nak menunjukkan hati tu kononnya MULIA sangat. . .