February 18th, 2010

rebeca nur islam

Ok tajuk gosip di atas mungkin agak lari dengan isi kandungan cerita. Tapi artis yang popular kerana namanya, Rebecca Nur Islam kini sedang menyusu badan untuk anak angkatnya yang berusia 2 tahun, Nor Adam Daniel. Buat pengetahuan anda, si Rebecca nie masih belum berkahwin ye. Jadi sudah tentulah sukar untuk mengeluarkan susunya.

Namun begitu demi rasa kasih sayang yang mendalam kepada anak angkatnya itu, Rebecca sanggup disuntik. Ini semua semata-mata untuk mengeluarkan susu-susu yang terpendam di dalam badannya. Nasib baik tak ada side effect yang negatif. Cuma ada lebam-lebam dan bengkak sikit kat dada dia la.

Buat Rebecca, kami hargai sifat prihatin anda. Terutamanya selepas mengetahui yang anda mengambil anak angkat kerana risaukan kes pembuangan bayi yang melampau di Malaysia sekarang ini. Siapa kata artis kita tak prihatin? Kalau Rebecca dan Misha Omar boleh buat, artis yang lain pun sudah pasti boleh buat.

Dan kepada bakal suami Rebecca Nur Islam(khabarnya duda beranak 2), kami ucapkan tahniah kerana menjumpai seorang wanita yang memiliki sifat keibuan yang sungguh tinggi. Sila kahwini dia secepat mungkin dan buat anak sendiri. Sekian, terima kasih.


Comments are closed.

Loading...