Written by AbangNara | August 29th, 2014

Ya Allah. Terharu sangat-sangat Abang Nara dibuatnya. Mulia sungguh hati Rebecca Nur Islam dan suaminya. Apa tidaknya, 5 adik beradik yang secara tiba-tiba menjadi yatim piatu pada Mei lalu selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka dalam satu kemalangan telah pun diambil menjadi anak angkat oleh Rebecca. Sesungguhnya ini adalah satu perbuatan yang amat baik dan harus dicontohi oleh kita semua.

rebecca nur islam

Kehilangan ibu bapa pada usia yang muda pastinya menjadi satu cabaran buat 5 adik beradik ini terutamanya kepada si anak sulung yang baru berusia 16 tahun. Dengan adanya Rebecca dan suami sebagai ibu bapa angkat, sekurang-kurangnya selain daripada bantuan kewangan, bantuan daripada segi emosi dan kasih sayang dapat diterima oleh mereka. Abang Nara terharu sungguh membaca kata-kata Rebecca mengenai keputusannya ini:-

Selepas saya membaca berita kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa mereka, saya berusaha mendapatkan nombor telefon ibu saudara mereka dan selepas berpuluh kali saya menghubunginya, baru saya dapat bercakap dengannya. Saya faham situasi mereka yang terpaksa berhati-hati kerana bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Kini saya dan suami selalu menjenguk mereka di Cheras, bertanya khabar dan berkongsi kasih sayang dengan mereka. Mereka masih tinggal di rumah yang didiami bersama ibu bapa mereka dulu. Saya rasa mereka tiada masalah dari segi kewangan kerana ramai yang menghulurkan bantuan, cuma apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan perhatian.

Sebanyak mana kasih yang kami berikan memang tak akan sama de­ngan kasih sayang daripada ibu dan ayah kandung, namun sekurang-kurangnya mereka tahu masih ada orang di luar sana yang mengambil berat mengenai mereka.

Saya nasihatkan dia (anak sulung), jika dia ingin memperoleh masa depan yang lebih baik dan terjamin, jangan berhenti sekolah kerana pelajaran saja yang dapat me­ngubah hidup mereka kerana takkan selama­nya mereka mesti bergantung harap kepada bantuan orang lain. Saya dan suami sedia membantu dari segi kewangan asalkan mereka mahu belajar.

Saya mahu membahagiakan mereka. Ini bukan kali pertama saya me­ngambil anak angkat tetapi perasaan belas saya pada lima beradik ini me­ngatasi yang lain kerana Allah SWT ‘menjemput’ kedua-dua ibu bapa sekali gus. Kali pertama saya berjumpa mereka, si bongsu Safia memanggil-manggil ibunya. Hati mana yang tidak meruntun, apatah lagi mengenangkan saya sendiri ada anak kecil. Saya mahu anak-anak itu berjaya dalam pelajaran dan buktikan kepada masyarakat anak yatim piatu juga boleh berjaya

rebecca nur islam

Semoga apa yang dilakukan oleh Rebecca ini akan menjadi ikutan lebih ramai selebriti di luar sana terutamanya. Kalau ada rezeki yang lebih, apa salah kita kongsikan dengan mereka yang benar-benar memerlukan. Iye tak? Abang Nara yakin rezeki Rebecca sekeluarga pasti lebih murah selepas mengambil 5 adik beradik ini menjadi anak angkat. Tahniah Rebecca atas usaha anda. Respek!!! Sumber Harian Metro.

33 responses to Rebecca Nur Islam Ambil 5 Adik Beradik Jadi Anak Angkat

  1. Hatiku Robek says:

    mulia sungguh hati mu sahabat..Semoga Allah merahmati kamu dah suami.

    1

    0
    • Yahudi says:

      anak angkat kew anak ikan ?

      0

      1
      • Orkid Indah says:

        @yahudi …. komen awak ni bukan mcm Yahudi tapi ZIONIST … Gunakanlah akal & iman klu nak bg komen tu … awk ni mmg jns org yg suka kene laknat ke ?. Nauzubillah min zalik perangai mcm awk ni … ENCIK YAHUDI YG AWK KATA TU ADALAH ANAK2 YATIM … TAK YAHLAH BUAT LAWAK ALA2 ZIONIST TU .. Klu tak ada kata2 yg baik lbh baik diam jer … Ank2 Yatim mana boleh di cela @ herdik – DOSA BESAR … awk bayanglah klu ank2 yatim kat atas tu baca komen tak senonoh awk tu … tak pasal2 meleleh air mata dorang. Taubat balik Pangkal Jalan sblm awk TERLUPA Cara2 Nak Bernafas.

        0

        0
      • melati says:

        Yahudi…saya tahu lah Mak ko lahir kan ko Bapak lain…sebab tu ko jeles….hehe..tapi memang byk yg aku jumpa anak Haram macam Yahudi ni bin kan Bapa lain,selalu nya org2 cam Yahudi memang jeles kalau ader anak angkat dipelihara keluarga angkat……..Yahudi ..percaya tak cuba ko tgk DNA Mak Bapak ko mesti tk sama gan ko..mesti mak ko main gan org lain …..maka lahir lah ko dari benih haram…..Yahudi gi cepat periksa DNA mak ko..saya jamin mesti tk sama nya.

        0

        0
        • eleh kau pun melati sampai nak kencing dlm mulut org. islamik la sgt.

          0

          0
        • Yahudi says:

          Ya Allah ya tuhanku ,
          ampun kan lah dosa2 Kak Melati , kerna sesungguhnya Kak Melati masih dalam kelompok jahiliah ,

          0

          1
        • Orkid Indah says:

          Salam @ melati. Wlpn @yahudi tersilap kata. Awk tahu tak bhw MENUDUH SEORG PEREMPUAN ITU BERZINA AMATLAH & BERATNYA DOSA TERSEBUT, TOP 10 DOSA2 BESAR. Kesian dngn parents @Yahudi kena maki hamun klulah parents dia org2 baik2 cuma @Yahudi ni nakal sikit. Tak ke awk dpt dosa besar. LG SATU MEMAKI HAMUN MOM& DAD ORG LAIN SAMA DNGN MEMAKI HAMUN PARENTS KITA SNDIRI. BERMAKNA AWK TERSILAP LANGKAH MEMAKI HAMUN PARENTS AWK SNDRI AKA JADILAH KITA ANK DERHAKA. Tak bau harum syurga.

          0

          0
  2. mak bedah says:

    terharu T.T semoga allah terima segala amal baik rebecca..May Allah always bless uolls stu family :)

    0

    0
  3. Orbit23 says:

    Alhamdulillah…

    0

    0
  4. yanto says:

    Mcm ni lah nara…pe kate ko delete je entry yg psal teletubbies tu…dah alang2 ko memuji tp blkg ckp buruk..xbaik tau

    0

    0
  5. abang yang tak bangang says:

    nara. kau follow tak ig raja noora mak jejai tu?. cerita nya begini. malam raya mak jejai ni ade la upload gambar sedara mare die yang berkumpul kat rumah dia tu termasuk la nora dan ibu nora sekali. pastu tak pasal2 mak fasha meroyan and komen and siap marah raja noora tu. fasha ngan jejai pon siap komen sekali. kau ni nara lembab lah. cerita macam tu la baru hot. cepat lah nara post pasl tu sebelum orang lain post.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Intention Rebecca untuk menjadi ibu bapa angkat memang harus dipuji tetapi janganla hanya setakat sesekali datang menjenguk mereka , kasi duit, nasihat dan balik. Rasanya semua orang yang menemui mereka berbuat begitu juga. Diharap Rebecca tidak mencari publisiti dengan cara ini. Rebecca orang senang. Rumah pun besar . Jika ikhlas hendak jadi ibubapa angkat mereka kenapa tak ambik saja mereka untuk tinggal bersama. Menyekolahkan mereka dan buat apa yang patut. Jika hanya sesekali datang tanya khabar, sukar nak sematkan rasa kasih sayang. Jika duduk bersama, dapatla mendidik mereka, memberikan tunjuk ajar dan kasih sayang sebagai ibubapa angkat. Rasanya itu yang mereka perlukan. Suasana keluarga. Tempat mereka meluahkan perasaan. Jadi mereka tidak la rasa tersisih. Mereka sedang membesar. Banyak yang mereka tidak ketahui. Orang yang datang menemui mereka memang ramai. Tapi sekadar tanya khabar , beri nasihat, beri duit dan keperluan harian seperti apa yang Rebecca lakukan sekarang.

    0

    0
    • Anonymous says:

      adakah kamu tergolong dalam golongan yang datang tanya khabar, beri nasihat, beri duit dan keperluan harian, atau tergolong dalam golongan yang baca blog beautifulnara yang pandai suruh orang buat itu ini sahaja?

      0

      0
  7. jujur says:

    kaya boleh la bela orang..huhuhuu..kalau aku kaya aku pun nak..ni diri sendiri mkn pun xcukup..hurm

    0

    0
  8. aku_comel says:

    Alhamdulillah…semoga bertambah2 rezeki utk rebecca.
    Kalau aku mampu..aku pn nk buat ,cm rebecca…
    Sedih tgk anak2 yg kecil tu..
    Semoga lps ni..akn terbit senyuman di wajah mungil nya…

    0

    0
  9. Leticia says:

    Write more, thats all Ihave to say. Literally, it seems as though you relied on the
    video to make your point. You clearly know what youre talking about,
    why throw away your intelligence on just posting videos to your blog
    when you could be giving us something enlightening to read?

    0

    0
  10. It seems that in every networking organization, most new distributors are still trained to
    use the same outdated strategies. Check out our Elevation Group Review and blog for the
    best Elevation Group Bonus. After the performance, he mentioned he was
    from Denver and how it was his pleasure to be in Pueblo, Colo.

    0

    0
  11. Chatten says:

    Not all webcam models were working in nightclubs, bars or strip clubs as many might think.
    To be sure that very idea of messaging, you will find two methods of an individual to convey his messages.

    Those who are looking to chat on the phone for this type of line should make sure that they know how to go
    about continuing to talk to the person on the other end.

    0

    0
  12. Lady Red says:

    Semoga rezeki Rebecca sekeluarga bertambah murah dengan memelihara anak yatim piatu ni..

    0

    0
  13. nok gebuzzz says:

    kalau semua org kaya x sombong mcm ni,Alhamdullilah….

    0

    0
  14. huhuhu says:

    Alhamdullilah bagus Rabecca ni.

    Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah

    0

    0
  15. Roy says:

    Kalau aku anak angkat dia, confirm aku intai dia mandi. Mantap oo badan

    0

    0
  16. secret says:

    nuat baik salah buat jahat pun salah…xfhm la perangai manusia ni..apepun semoga Allah swt memberkati hidup rebecca n ank2 yatim tersebut…

    0

    0
  17. jue says:

    Assalamualaikum

    Saya seorang guru di Melaka, sudah beberapa kali mencari anak untuk dijaga tetapi masih belum berjaya. Saya mencari seorang anak lelaki yang akan lahir dalam masa terdekat. Boleh hubungi saya di 0149824024

    0

    0