Rebecca Nur Al Islam Selesai Tempoh Iddah, Berangkat Ke Tanah Suci Untuk Tunai Umrah

Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Selesai Tempoh Iddah, Berangkat Ke Tanah Suci Untuk Tunai Umrah

Pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam berkongsi bahawa dirinya kini dalam perjalanan menunaikan ibadah umrah selepas menamatkan tempoh iddah.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Rebecca memohon doa daripada orang ramai agar segala urusannya dipermudahkan Allah SWT.

Advertisement

rebecca nur al islam

Assalammualaikum semua. Doakan saya, saya dalam penerbangan nak ke Rumah Nabi Muhammad SAW dan doakan saya selamat dan dipermudahkan Allah SWT dalam semua urusan saya.

Selain itu, Rebecca memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej daripada orang ramai yang prihatin terhadap dirinya.

Saya minta maaf kepada lebih dari 1000 WhatsApp dan ramai yang DM saya, yang tak dapat saya reply. Terima kasih mengambil berat tentang saya, insya-Allah saya ok. Keep doa untuk saya.

Menjawab pertanyaan mengenai statusnya, Rebecca menegaskan bahawa tempoh iddahnya telah selesai.

rebecca nur al islam

Cuma apa yang boleh saya cakap, ya saya dah habis iddah. Keep doa untuk saya. Semoga Allah SWT sentiasa membalas segala kebaikan doa yang anda kirimkan. Amin.

Terdahulu, pada Khamis lalu, Datin Rebecca Nur Al-Islam memuat naik foto bersama suaminya, Datuk Nor Azam, sambil mengucapkan terima kasih atas 18 tahun memori bersama. Aktres itu turut menyatakan bahawa mereka sudah berusaha sebaik mungkin namun reda dengan ketentuan Allah.

Untuk rekod, Rebecca dan Datuk Nor Azam Sulaiman mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan tujuh orang anak hasil perkahwinan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

yuna
2025-09-04 10:39:17

Lantang Bersuara Konflik Timur Tengah, Yuna Hilang Hampir Segalanya - "Saya Hilang Kawan, 'Job' Kena Tarik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...