Written by Bella | January 12th, 2017

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan ada mempersoalkan tindakan pelakon Rebecca Nur Al Islam memuat naik foto yang menampakkan sebahagian rambutnya ke laman sosial Instagram. Netizen yang membaca gosip berkenaan bertindak untuk mengkritik Rebecca dan pelakon itu diasak dengan pelbagai soalan.

Terbaru, Rebecca mengakui ia adalah kesilapan beliau kerana memuat naik foto berkenaan yang mengundang fitnah. Menurut Rebecca, foto itu diambil ketika beliau bercuti ke Jepun.

Gambar itu diambil ketika saya dan keluarga bercuti di Jepun. Untuk memudahkan pergerakan saya di sana serta keselesaan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, saya memakai anak tudung dan menutupi kepala saya dengan hoodie.

Keadaan di sana juga sangat berbeza berbanding Malaysia. Cuaca juga sangat sejuk dan angin pun bertiup sangat kencang. Saya tidak perasan rambut terkeluar. Menjadi kesilapan saya sendiri apabila saya memuatnaik gambar tersebut di laman Instagram. Saya minta maaf jika ada pihak yang kurang senang. Adat menjadi manusia, tiada yang sempurna.

Rebecca memohon maaf sekiranya foto berkenaan mengundang salah faham atau rasa kurang senang orang ramai.

Sejujurnya, saya memang tak perasan. Takkan saya mahu salahkan orang lain atau tidak mahu mengaku kekhilafan ini, sedangkan ini kesalahan saya sendiri. Apa yang boleh saya lakukan sekarang, saya mahu berlaku jujur dan meminta maaf kepada semua pihak.

Apa yang penting, saya mahu menjadi diri sendiri. Walaupun saya sudah berhijab, saya masih dalam proses pembelajaran. Perubahan yang berlaku dalam diri saya terjadi secara perlahan-lahan. Perubahan ke arah kebaikan terjadi setiap hari, sedikit demi sedikit. Saya harap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk diri saya.

Untuk pengetahuan anda, Rebecca sudah mula mengenakan hijab semenjak tahun 2014 selepas pulang dari mengerjakan ibadah Umrah.

Sumber Berita : Astro Gempak

63 responses to Rebecca Nur Al Islam Akui Kesilapan Muat Naik Foto Yang Menampakkan Sebahagian Rambutnya

  1. kurma taiyob says:

    alamak kakak..
    rambut u bukan terrrr keluar..
    tp mmg nmpk u tak pakai tudung..
    kalau tgk video kat ig u naik roller coaster tu..jelas dan nyata tudung u terbang dek angin ya.
    sblm upload dlm ig tak kan u tak tgk dulu kakak.

    *ape..pakai tudung susah nk bergerak ke? tudung u berat 10kg ke?? alasan..

    85
    0
  2. miss_oppppssssss says:

    Biasa org rambut panjang ni akan ikat atau sanggul kalau pakai anak tudung… Jangan bagi alasan yg xmasuk akal sbb bukan semua org ni x reti berpikir…

    22
    0
  3. Anonymous says:

    Itu mmg ko klua x btudung tpi hanya pkai topi saje.. klu yg tkeluo tu ank rmbut ok lg.. ni klu ghupe ni mmg x pkai tdung pun selamba gtu tpi. Kta x perasan..

    8
    0
  4. Anonymous says:

    kata ade jual tudung instant, susah sgt ke nk pkai kalo kt luar negara sne…

    5
    0
  5. james peterson says:

    rambut bukan aurat dan tidak ada sepatah ayat dalam quarn mengatakan yg kena tutup rambut. kalau percaya kepada quran kenapa orang islam meyimpang daripada apa yg termaktub dalam quran…..Saya beragama kritian dan tutup rambut adalah ajaran orang kristian dan jelas sekali tertulis dalam bible Corinthians 11:5 tetapi tidak pulak dalam quran. kenapakah begini? tolong perjelaskan…..

    1
    29
    • Hamba Allah says:

      Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
      (Al-Ahzaab 33:59)

      43
      0
      • getokak says:

        “O Prophet, tell your wives and your daughters and the women of the believers to bring down over themselves [part] of their outer garments. That is more suitable that they will be known and not be abused. And ever is Allah Forgiving and Merciful”
        Surah ini bukan suruh pakai tudung dan ia hanya untuk menutup tubuh degan kain labuh….tolong paham sikit wrong interpretaion yang menyesatkan orang islam. Memang betul tak ade ayat dalam quran suruh pakai tudung dan rambut bukan aurat

        1
        9
        • Anonymous says:

          memang la xde tulis tutup kepala tapi ada mengatakn tutup aurat. sbb aurat wanita tu dari kepala ke hujung kaki. james, ko kena belajar islam lebih byk. x boleh pakai ambil satu sumber saja.

          18
          0
      • Mia says:

        “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur:31)

        4
        0
    • fifizafa says:

      aurat perempuan seluruh tubuh melainkan muka dan tapak tangan.

      tak tahu pulak kalau kat tangan kau keluar rambut, kalau rambut kat tapak tangan baru xwajib tutup.

      awak kristian, tapi awak masih belum kaji al quran secara terperinci. sila baca tafsir alquran ya.

      25
      0
    • Hadid says:

      kalau tutup rambut tu ajaran kristian…kenapa orang kristian x tutup rambut ????? kenapa ramai orang kristian menyimpang daripada apa yang termaktub dalam bible ??? Sekarang giliran ko pulak jawab…

      19
      0
      • NoName says:

        setuju dengan soalan kau Hadid..
        asik sebokkan Muslim pakai tudung, kenapa x pakai tudung,,
        dh kaurang yg kristian tu, kena tutup rambut kenapa kaurang x tutup rambut ??
        asik sibokkan nk kaji agama orang,,
        kaji agama, kitab n kaum2 kau dulu !!

        8
        0
        • Fakta says:

          Kenapa ramai org Kristian tak ikut Bible sebab Bible telah ditukar dan diedit beratus-ratus kali. Dalam Bible juga mengatakan Jesus @ Nabi Isa keluar dari rahim wanita iaitu Mary ibunya @ Mariam. Adakah Jesus yang dianggap Tuhan itu dikandung dlm tubuh dan keluar melalui rahim seorang wanita biasa? Logik ke? Dalam Islam, kita percaya adanya Jesus @ Isa tapi hanya sebagai seorang Nabi tapi bukan… Tuhan!

          10
          1
        • Fact 2 says:

          Banyak fakta2 dlm Bible yg bercanggah. Contohnya dalam Bible ada tertulis kalam “Father, Son and Holy Ghost (Roh Kudus)”.
          Kalau pengikut2 Kristian anggap Jesus @ Nabi Isa itu “Tuhan” ..”Father” yg patut disembah..siapa pula “Son” tu? Kalau Jesus tu “Son”..siapa pula “Father” nya??? Kenapa sembah “son” bukan “father”. Patutnya father la yg lebih tinggi kedudukannya. Nampak?

          7
          1
        • Anonymous says:

          fuck ta January 12, 2017 at 2:41 pm ,,
          macam terkeluar topik je nokkkssss
          hewhewhewww

          0
          7
        • Fakta 3 says:

          Tidak seperti Kristian. Islam jelas didlm surah ‘Al Iklas’ ada bukti mengatakan “Qul Huwa Allaahu Ahad” … Allah, the One and Only! Allah itu Maha Esa @ s a t u!

          Senang, mudah dan ringkas…..pening2 pikir buatpe?

          11
          1
        • kuis sikit says:

          fakta…ko ni explain dalam sangat. paham ke melayu2 kat sini???

          hihihi

          2
          0
    • puihhh says:

      Ni lah perangai Melayu Layu… byk nah Ustaz/Ustazah tak bertauliah. Dia punya pasal lah nak amek gmbr peluk ke cium ke rambut tocang ke… yg penting dia tau siapa yg dia.

      Yg manusia2 kepo ni nak hukum dia ape hallllllll…?

      6
      1
  6. Anonymous says:

    pakai anak tudung apa kalau da rupa camtu rambut terkuar
    mesti tak pakai tudung then cover dgn hudi je..
    pengajaran la utk dia jgn ingat blh buat apa saja kat negara orang…tgk bila salah sendiri, sendiri yg bukak aib

    5
    0
  7. black artline says:

    alasan ntah hape2..

    6
    0
  8. sara says:

    sy jgk pernah… pakai tudung.. rambut panjang diikat… pakai anak tudung… naik motor.. tiba2 ada rambut keluar … mungkin betul dia xperasan.. kita tak berada dalam keadaan dia.. jadi kita xtahu apa2… bukan pada kita dia harus minta maaf.. tp pada Allah dan suami dia… jangan pulak kita buat dosa sbb fitnah dan buruk burukkan dia… huhu

    2
    4
    • Anonymous says:

      kau sebab naik motor kena hangin bertiup kencang dik ,,,
      tak de haplod kt iG kn ??
      makcik bekka ni dia cakap dia tak perasan ,, masalah nye dia haplod kt IG ,,,
      soalan hakak ,,
      masa dia menghaplod kt IG tu mesti dia pilih mana gambar yg sesuai utk dia haplod kt IG,,
      masa nk haplod tu dia x perasan jugak ke ?????????

      18
      0
    • Anonymous says:

      pi tgok kat insta dia. bersepah gamba x pakai tdg. bkn sbb angin bagai.

      1
      0
  9. Anonymous says:

    kalau tak ready physically and mentally jangan la ikut ikut orang pakai tudung. orang lain pakai tudung dia pun nak pakai lepas tu pretend tudung terbukak la apa ni nonsence..please la lepas tu pakai ketat ketat memang la over. btw kalau da tahu gambar tu ada rambut terkeluar takpayah la upload kasi orang tengok bengap betul la simpan je da gambar tu. bila dah kasi tunjuk orang kan da banyak cerita. itu pun nak kena ajar. kalau cakap bodoh marah tapi nampak gaya memang kurang pandai.

    10
    0
  10. Anonymous says:

    Rambotnya perang…utk ape berubah pkai tdong tp rmbot perang..ooo yela mgkin pkai inaii ekk…pape jek laaaa ko

    3
    1
  11. zass says:

    colour rambut ke tu

    1
    0
  12. Anonymous says:

    hijabster…

    1
    0
  13. mas says:

    alasan yg diberi x masuk akal lgsung..

    0
    0
  14. gadis oversea says:

    siapa dia ni?

    1
    1
  15. Anonymous says:

    melayu suka sibok…gol satu riuh sekampung..

    4
    1
  16. Anonymous says:

    pelakon ke dia ni??? femes ke? drama apa???

    2
    0
  17. Anonymous says:

    whooo???

    2
    0
  18. Anonymous says:

    Becca ni kan makin tenggelam…sure la nk bt come back dgn gosip mcm ni…supaya org ckp2 balik pasal dia..fesyen teletubbies dia dh lama sepi.kesian..

    1
    0
  19. Anonymous says:

    biar la..bukan dia berzina pon..

    1
    3
  20. mimi says:

    ramai jgk ku tgk yg pegi overseas tetiba tudung hilang, just pakai scop kepala, blk msia bertudung blk hurmmm

    3
    0
  21. Anonymous says:

    Macam2 la perangai. Baik buang je..rindu nk freehair le tu!

    1
    0
  22. david gandy says:

    With 5 inches of make up, she still looks like a dude..

    2
    0
  23. manisah says:

    soesis ukasa senros ler ni

    1
    0
  24. Anonymous says:

    X perasan? Agak2 lah. Bkn ke gambar tu ko edit dulu guna 360 sebelum ko send dlm instagram. Ingat kami ni budak baru bertatih ke? Aduhai

    4
    0
  25. Anonymous says:

    Kot klau ya pwon dia x prsan rambot terkeluar..tu2…berok tepi dia tu x kan x perasan jgak kot..kot nak tegor ka…eh rambot ko tekeluar.atau mmg pesen eh rambot ko ko pnya pasal lah..mcm tu..hummm..

    0
    0
  26. Anonymous says:

    Alahai…. tour Japan. Diaorg x kisah pun kau bertudung ke tak? Apa isu perlu pakai anak tudung sebab memudahkan pergerakan. Org jepun tu x pedulipun kau pakai apa. Niat berhijab sebab apa ye? Takkan nak tanya sama pokok kot? Tanya kat kau la, kenapa?

    0
    0
  27. sentap says:

    nama x setanding penampilan..klo baju seketat2 ya amat…antara artis sendu yang suka menunjuk kekayaan & kemewahan…

    0
    0

Leave a Comment

Optional