Rebah & Muntah Selepas Fisioterapi, A. Aida Kini Ditidurkan Di ICU – “Semalam Dia Sihat..”

Hiburan

Rebah & Muntah Selepas Fisioterapi, A. Aida Kini Ditidurkan Di ICU – “Semalam Dia Sihat..”

Penerbit terkenal, A. Aida dilaporkan rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Menurut sahabat baiknya, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), A. Aida baru sahaja menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu dan berada dalam keadaan baik sebelum insiden berlaku.

Advertisement

a.aida icu

Jelasnya semasa dihubungi mStar,

Dua hari lepas, A. Aida jalani pembedahan kedua-dua lutut. Semalam dia nampak sihat dan tiada masalah. Tetapi pagi tadi, ketika rawatan fisioterapi, tiba-tiba dia rebah dan muntah. Tekanan darahnya menurun sebelum sempat doktor tiba, dan dia tidak sedarkan diri.

A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 55, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan lanjut.

Izhar memaklumkan, buat masa ini doktor belum dapat mengenal pasti punca sebenar keadaan kesihatannya kerana A. Aida masih ditidurkan memandangkan keadaannya tidak stabil.

Nak kata stabil atau tidak hanya doktor yang boleh sahkan. Apa yang pasti, dia kini masih tidak sedar kerana terpaksa ditidurkan. Sama-sama kita doakan agar A. Aida segera sembuh.

Semoga baik-baik sahaja.

A.Aida masuk icu
2025-09-25 15:37:20

Pengarah Datuk A.Aida Masuk ICU, Teman Rapat Sahkan Berita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...