Rebah & Meninggal Ketika Tawaf, Isteri Kongsi Keperibadian Arwah Suami – “Setiap Bulan Ramadan Dia Beri Orang Kampung Beras, Minyak…”

Kehidupan

Rebah & Meninggal Ketika Tawaf, Isteri Kongsi Keperibadian Arwah Suami – “Setiap Bulan Ramadan Dia Beri Orang Kampung Beras, Minyak…”

Isteri kepada Abdullah Mat, 59, lelaki yang rebah dan meninggal dunia akibat serangan jantung di Tanah Suci berkongsi keperibadian arwah suaminya.

Menerusi temu bual bersama Awani, Sarifah Hassan, 57, suaminya seorang yang sangat pemurah dan selalu bersedekah.

Advertisement

Setiap bulan Ramadan, di kampung saya, kampung dia, dia akan bagi beras, minyak, kurma, telur. Diagih-agihkan. Setiap Jumaat dia akan bayar semua roti canai di kedai dekat dengan rumah kami.

Sarifah juga berkata arwah merupakan seorang suami yang baik dan penyayang.

@501awaniIni cerita Sarifah Hassan, 57. Suaminya, Abdullah Mat, rebah dan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika melakukan tawaf di Masjidilharam. #BeritaTerkiniHaji2025 #KhabarHaji2025 #JejakAlHaramain2025♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Begitu juga kata anak kedua mereka,  Dr Anis Nabihah, 26, yang menyifatkan bapanya seorang yang sangat baik, rajin bekerja dan mementingkan solat berjemaah serta disenangi penduduk kampung.

Setiap hari, arwah cuba meluangkan masa untuk solat berjemaah di masjid dan rutin dia yang saya ingat adalah solat sunat dua rakaat di rumah sebelum bergegas ke masjid untuk solat Subuh.

Kata Anis, dia dan adik beradiknya terkejut apabila mendapat berita kematian bapanya menerusi panggilan telefon daripada ibu mereka.

Dia juga tidak menyangka tindakan bapanya mengenas rumah termasuk mengupah orang memotong rumput dan menyelenggara kereta termasuk kenderaan anak-anak adalah petanda dia akan meninggalkan keluarga.

Kami adik-beradik ada nasihatkan abah supaya lebih banyakkan berehat memandangkan dia akan mengerjakan haji, namun abah jawab dia akan rehat sepuas-puasnya di Makkah.

suami meninggal dunia ketika tawaf di Mekah

Kredit: Berita Harian

Saya dan adik-beradik reda dengan kehilangan abah yang sangat kami sayang, kami bangga dia ‘pergi’ dalam keadaan yang sangat ‘indah’ di Tanah Suci Makkah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki beri pesanan terakhir sebelum meninggal dunia
2 weeks ago

(VIDEO) Pengguna Vape Ini Sempat Meninggalkan Pesanan 'Terakhir' Sebelum Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...