Rebah Di Takbir Keempat, Lelaki Ini Dijemput Tuhan Sewaktu Sedang Solat Jenazah

Trending

Rebah Di Takbir Keempat, Lelaki Ini Dijemput Tuhan Sewaktu Sedang Solat Jenazah

Bekas imam di Masjid Jamek Permatang Binjai di sini tidak sempat menghabiskan solat jenazah seorang pemuda 23 tahun apabila dia rebah pada takbir keempat sebelum disahkan meninggal dunia dalam kejadian jam 10 pagi semalam.

Advertisement


Ahmad Bidin, 78, sebelum itu menguruskan jenazah seorang pemuda tersebut yang meninggal dunia selepas koma selama tiga bulan akibat kemalangan jalan raya.

Ketika takbir pertama solat jenazah, warga emas itu hampir rebah tetapi sempat di pegang jemaah lain yang menasihatinya agar berehat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Permatang Binjai, Ahmad Fuad Saad, ketika hendak mengangkat takbir pertama, arwah hampir rebah tetapi sempat dipegang jemaah di belakang.

“Saya nasihatkannya agar berehat kerana beranggapan dia kurang sihat, namun arwah tetap meneruskan solat jenazah,” katanya di sini.

Namun, ketika hendak mengangkat takbir keempat, arwah rebah sekali lagi sebelum tidak sedarkan diri.

“Saya yang berada di sebelahnya tidak sempat memberi salam dan cuba membantunya yang ketika itu kelihatan sukar bernafas sebelum dibantu jemaah lain.

“Bagaimanapun, arwah menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...