Usia bukanlah halangan buat pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty untuk membawakan watak-watak daring seperti pelacur atau digelar ‘ayam tua’.
Pada usia menginjak 50-an, Ellie membuktikan dia masih laris dan mampu untuk menjayakan watak itu menerusi drama terbaru berjudul Hilang Kasyorga.
Kata aktres itu, dia berbesar hati kerana pengarah Feroz Kder kasih memberi kepercayaan untuknya membawa watak tersebut meskipun hanya muncul dalam tiga babab sahaja.
Tambah aktres berusia 55 tahun itu, dia menerima tawaran tersebut kerana ia merupakan sebuah cerita yang realisitk dan sangat ‘raw’.
Paksi cerita ini adalah misteri kehilangan seorang kanak-kanak lorong yang tidak secara langsung membuka mata kita tentang masalah dalam masyarakat.
Realitinya masih ramai ‘ayam tua’ yang mencari rezeki di lorong-lorong, bagaimana kita mahu membantu mereka untuk mencari kehidupan yang lebih bermakna.
Hilang Kasyorga adalah sebuah karya yang mengangkat realiti kehidupan di lorong dan selain Ellie Suriaty barisan pelakon lain juga tidak kurang hebatnya.
Drama ini turut dibintangi Kamal Adli, Azhar Sulaiman, Adra Mikayla, Nabila Huda, Luqman Hafiz, Arfie Shah, Hariz Hamdan, Hafidzuddin, Fadilah Mansor, Kodi Rashid dan Dina Allysha.