Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mendedahkan ramai artis di Malaysia ini suka menunjuk-nunjuk kemewahan mereka sehingga hingga dikagumi para followers di media sosial dan diikuti ramai.
Tunjuk benda yang tak ada
Menerusi sebuah temu bual baru-baru ini, Zarina atau lebih mesra digelar Anju ini memberitahu segelintir besar selebriti tidak berkemampuan untuk hidup mewah kerana bankrap. Namun, mereka tetap ingin mengekalkan imej ‘kaya’ hingga sanggup membuat pinjaman.
Ramai artis dekat Malaysia ni nak tunjuk benda yang tak ada. Tak mengapa, saya pun tak kaya, ada masa saya pun tak ada duit. Tak mengapa sebab realitinya artis kita memang banyak tak buat duit.
Banyak artis yang nak tunjuk imej mereka kaya tapi saya tahu berapa ramai yang bankrap.
View this post on Instagram
Followers terikut-ikut hidup gaya artis
Disebabkan imej palsu yang ditayangkan di media sosial, ramai pengikut-pengikut mereka juga mula ingin hidup mewah seperti artis-artis dan turut berhutang.
Secara tak langsung, followers pun terikut-ikut gaya hidup macam itu. Sanggup hutang Ah Long semata-mata untuk kononnya hidup mewah.
Tak mengapa kalau awak artis bawa Myvi. Banyak saya nampak pengikut di media sosial, mereka tidak hidup dengan cara ‘mengukur baju di badan sendiri’ mereka cuba nak jadi macam itu.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.