Realiti Sebenar Pekerja Migran Di Qatar, Negara Asal Al Jazeera Yang Dilayan Seperti Hamba

Trending

Realiti Sebenar Pekerja Migran Di Qatar, Negara Asal Al Jazeera Yang Dilayan Seperti Hamba

Dokumentari bertajuk Locked Up In Malaysia’s Lockdown yang dimuatnaik oleh agensi berita antarabangsa, Al Jazeera telah mencetuskan kontroversi di atas provokasi yang dilakukan. Menerusi dokumentari itu, Al Jazeera telah menuduh Malaysia memberikan layanan yang prejudis kepada warga asing dalam mengawal pandemik COVID-19 dalam negara.

Baca: Laporan Al Jazeera Mengenai Tindakan Prejudis Malaysia Pada Warga Asing Membangkitkan Kemarahan Ramai

Advertisement

Tindakan Al Jazeera ini boleh diibarat seperti peribahasa Melayu ‘kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak’. Qatar yang merupakan negara asal agensi berita itu, seakan-akan terlupa dengan tindakan mereka mengabaikan pekerja migran malah melayan mereka tidak ubah seperti seorang hamba.

Pembinaan stadium

Ianya berlaku kepada pekerja-pekerja migran yang ditugaskan membina stadium-stadium yang bakal menjadi lokasi perlawanan untuk Piala Dunia 2022 yang bakal dianjurkan di negara Teluk itu. Kisah ini bukan lagi menjadi rahsia apabila ianya didedahkan oleh akhbar The Guardian pada tahun 2013 di mana ramai pekerja dari Nepal yang dilayan seperti hamba.

pekerja migran

Ada pekerja yang mendedahkan dia terpaksa bekerja dalam keadaan yang lapar tanpa makanan selama 24 jam. Dia perlu bekerja selama 12 jam dan berlapar pada malamnya. Apabila dia mengadu kepada pengurus, dia akan dipukul, dihalau keluar dari kem buruh dan diugut tidak dibayar gaji.

Kebanyakan pekerja migran dari Nepal juga terpaksa menanggung hutang besar kepada ejen-ejen yang mendapatkan pekerjaan untuk mereka. Selain daripada tidak membayar gaji, pekerja tidak dibenarkan meninggalkan tempat kerja dan dokumen pengenalan dan perjalanan turut diambil.

Situasi ini meyebabkan duta negara Nepal yang datang ke Doha menggelarkan Qatar sebagai penjara yang terbuka. Tanpa sebarang dokumen rasmi, pekerja-pekerja migran itu boleh dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) dan boleh dihalau keluar daripada negara.

Pandemik COVID-19

pekerja migran

Di saat semua negara mengambil keputusan menutup sementara sektor ekonomi kerana pandemik ini, Qatar memilih untuk meneruskan aktiviti pembinaan projek-projek bagi Piala Dunia 2022. Para pekerja pembinaan masih lagi diminta untuk bekerja di mana kesihatan mereka tidak mendapat jaminan akan dilindungi majikan.

Qatar kemudian mengumumkan sebarang aktiviti perkumpulan tidak dibenarkan tetapi ianya tidak terpakai kepada sektor ekonomi lain seperti sektor swasta dan sektor pembinaan. Kebimbangan para pekerja mengenai jangkitan COVID-19 yang boleh berlaku di tempat pembinaan tidak diendahkan oleh pengurus.

Selain isu pandemik, ada juga pekerja yang meninggal dunia akibat tekanan haba semasa di tempat pembinaan dan ianya antara perkara yang sering berlaku. Pekerja-pekerja migran ini juga perlu tinggal di asrama yang padat dengan pekerja dan ada juga yang tidak mempunyai akses kepada bekalan air bersih.

pekerja migran

Isu pekerja tidak dibayar gaji juga bukanlah sesuatu yang asing di Qatar. Sebelum ini, 100 pekerja subkontraktor dari Qatar Meta Coats (QMC) masih menanti bayaran gaji yang tidak dibayar selama berbulan-bulan. Selepas ianya dilaporkan kepada Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan Doha, baru lah mereka menerima sebahagian gaji yang dijanjikan.

Mengulas mengenai dokumentari mengenai Malaysia, tindakan Al Jazeera memburukkan imej Malaysia ibarat menutup mata dengan masalah yang dialami oleh negara mereka sendiri. Sekurang-kurangnya, Malaysia masih lagi menjaga kebajikan warga asing semasa pandemik ini dan tidak bertindak prejudis seperti apa yang dilaporkan mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...