Melalui platform TikTok akaun seorang pengguna yang memuat naik semula klip video live Abang Koroy, dia memuji keperibadian pempengaruh sensasi, DMA Islam.
Abang Koroy puji keperibadian DMA Islam
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, Abang Koroy menyifatkan DMA Islam seorang individu yang sangat menghormati orang sekelilingnya dan sangat berbeza dengan sikap yang dipaparkan di media sosial.
Mungkin itu hanyalah konten dia semata-mata. Dia sangat beradab waktu bertanya berkenaan YouTube sebab masa itu aku tengah aktif dengan YouTube.
@jom_baca82 Abang koroy terangkan siapa DMA Islam #fypシ゚ #fyppp #fypage #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #dmaislam #abangkoroy #boxing🥊 #boxing ♬ Motivation – StoryTune
Lagi bagus daripada pempengaruh yang lain, seorang yang lemah lembut
Dalam pada masa yang sama, personaliti media sosial itu berkata DMA Islam mempunyai budi pekerti yang mulia jika hendak dibandingkan dengan pempengaruh yang lain.
Cakap pun menunduk saja, lemah lembut dan ‘soft spoken’ orangnya. Walaupun dia macam terkenal tapi dia tak berlagak pun sebab kebanyakan orang bila dan ‘famous’ akan berlagak tau tapi DMA ini, dia ‘humble’.
Sekadar info, DMA Islam telah tewas dalam sebuah pertandingan tinju, di mana pihak lawannya adalah Abang Koroy sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025.