Reaksi Terkejut Wanita Ini Saat Ternampak Kamera Mencuit Hati Ramai

Trending

Reaksi Terkejut Wanita Ini Saat Ternampak Kamera Mencuit Hati Ramai

Walaupun hanya beberapa saat, namun impaknya membuatkan satu dunia ketawa melihat reaksi lucu seorang wanita dari Malaysia yang terkejut saat menyedari kamera berada di hadapannya.

kejut

Advertisement

Kejadian lucu itu berlaku ketika wanita tersebut menyertai perarakan di Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan ia disiarkan secara langsung di TV3 baru-baru ini.

Klip video berdurasi tiga saat itu dimuat naik di Facebook semalam dan ia terus tular di media sosial.

Malah, lebih mengejutkan, video itu juga dimuat naik di laman sesawang terkenal 9Gag yang mempunyai pengikut di seluruh dunia.

Dalam klip video itu menunjukkan rakaman beberapa kumpulan wanita sedang berarak. Setibanya giliran wanita tersebut hampir sampai ke tempat di mana jurukamera berada, tiba-tiba dia terkejut dengan reaksi wajah yang agak melucukan seperti baru ternampak makhluk asing.

Dia kemudiannya terus berpaling dan melencong ke arah lain. Apapun terima kasih kepada wanita tersebut kerana menghiburkan orang ramai dengan reaksi spontannya itu.

Sumber Berita: New Straits Times

Kredit Video: Video Viral Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...