Bagai merpati dua sejoli, itulah ungkapan yang dapat digambarkan dengan pasangan pengantin baru, Ernie & Syamel. Baru sahaja melangsungkan perkahwinan, mereka tidak menolak sekiranya segera dikurniakan cahaya mata.
Terbaru, netizen geli hati melihat gelagat pasangan ini apabila ‘ditangkap’ berdua-duaan di set penggambaran. Menerusi perkongsian pengguna TikTok, Ernie dilihat bersandar kepada Syamel sambil berbual mesra.
Ha bercinta
Sedar gelagat bersama suami dirakam senyap-senyap, Ernie segera menurunkan kaki untuk duduk secara sopan. Melihat aksi comel itu, netizen meluahkan rasa terhibur apatah lagi apabila Ernie menuding jari menyalahkan Syamel seorang.
Sweet je dorang ni kan? Semoga berbahagia selalu.