“Ready For War” – Fatin Afeefa Tenang ‘Berperang’ Dengan Adam Shahz Di Mahkamah

Hiburan

“Ready For War” – Fatin Afeefa Tenang ‘Berperang’ Dengan Adam Shahz Di Mahkamah

Pelakon, Fatin Afeefa dilihat tenang berdepan perbicaraan pertama di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia yang difailkan oleh bekas suami, Adam Shahz.

Menerusi hantaran di InstaStory, pelakon berusia 28 tahun itu kelihatan bersedia dan bersemangat ketika dalam perjalanan ke Mahkamah sambil ditemani suami baru, Aliff Awang.

Advertisement

Ready for war.

Malah, Fatin turut sempat bertanyakan kepada suaminya sama ada dia kelihatan cantik mengenakan tudung dan jubah berwarna hitam.

Cantik tak?

Menurut laporan Kosmo, Adam Shahz memaklumkan perbicaraan kali pertama kes hak penjagaan terhadap anaknya telah berjalan pada pukul 11.40 pagi tadi.

Jelas pelakon berusia 41 tahun itu, dia tiada niat untuk berebut anak, sebaliknya hanya berharap silaturahim sebagai seorang bapa dengan anak tidak diputuskan.

Saya bukan nak berebut anak tapi bagi saya peluang untuk jumpa Ivy. Ini pun baru perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baru.

Dalam pada itu, Adam berkata dia pastinya akan tetap berjuang namun terpaksa akur dengan apa sahaja keputusan mahkamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zulin aziz dan suami
1 year ago

"Saya Sendiri Pergi Pinangkan, Tapi.." - Zulin Aziz Terbuka Hati Suami Berpoligami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...