“Read The Room” – KJ ‘Sound’ Fadhlina Sidek, Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Trending

“Read The Room” – KJ ‘Sound’ Fadhlina Sidek, Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menegur tindakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berhubung kematian pelajar tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir di Sabah.

Katanya menerusi podcast Keluar Sekejap, Fadhlina gagal mengawal naratif dan menyampaikan fakta dengan jelas sehingga mencetuskan krisis komunikasi serta kemarahan rakyat.

Advertisement

Khairy turut membidas tindakan Fadhlina dalam satu video tular yang menunjukkan beliau berada di sebuah sekolah sewaktu siasatan kes masih dijalankan.

Saya tahulah dia takkanlah dia tak boleh buat kerja lain, tapi read the room. Dia ada di dewan sekolah, ajak semua murid melaungkan ‘Happy Birthday PMX, We Love You PMX’. Come on lah, orang tengah sedih, orang tengah marah.

Menurutnya, sebagai menteri, Fadhlina sepatutnya lebih peka terhadap situasi kerana tindakan itu hanya mengundang lebih banyak kemarahan.

Kamu orang yang jadi tumpuan. Pergi buat benda macam tu memang menambah kemarahan. Kalau nak belajar krisis komunikasi yang tak patut dibuat, inilah case study yang utama. Dia tak cepat keluarkan fakta, tak manage narrative, tak respond dengan pantas.

fadhlina sidek

Khairy menegaskan Fadhlina sepatutnya hadir di tempat kejadian lebih awal, mengadakan sidang media yang jelas, serta mengambil tindakan segera terhadap pihak sekolah.

Anak murid meninggal under your watch is a failure — no matter how you look at it. Sepatutnya pengetua atau pihak sekolah kena bertanggungjawab, bukan sekadar cakap ‘saya tak ada di situ.

Beliau menambah, kelewatan tindakan dan respons yang tidak relevan hanya membuktikan kelemahan komunikasi krisis kementerian tersebut.

Roti Gardenia Durian Viral
2025-07-26 11:43:24

KJ & Shahril Cari Roti Durian Yang Tengah Viral! Sampai Sanggup Kejar “Uncle Roti”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Suara

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...